Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 Nov 2012

Jerung tewas dengan tumbukan Tae Kwon Do !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Sapa kata jerung tak leh ditewaskan ? Hanya dengan tumbukan ala Tae Kwon Do berkali-kali ke muka dia , dia tewas di tangan pemegang tali pinggang hitam Tae Kwon Do . Aku boleh lah berenang sikit-sikit , alah dulu masa kecik-kecik dulu selalu terjun sungai , tapi tak lah sampai nak lawan tumbuk dengan jerung , kisah bawah ni , dia lawan tumbuk dengan jerung, jerung yg kalah huhu  ....


Di Hawai,  seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.Baca sini lagi

Aku ambik dari Metro hari ni , lepas ni ingat nak ambil kursus silat pulak , kot-kot boleh penampar sotong pulak kalau mandi kat laut , huhu , nampak sirip jerung pun dah terkencing , inikan pulak nak tumbuk ....

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

OKje said...

Kalau okje dh selamat dlm perut jerung tu...he..he

zack mus said...

nampak jerung pun dah gerun

Unknown said...

belt hitam tu!!!! belt putih je baru.... jerung gelak je bile cuba tumbuk dia...hahahha

zack mus said...

jerung senyum je tengok kita haha

Unknown said...

Wah...ini barulah terror :-)
Layan dengan jerung lagi tu...

Post a Comment