Ingat senang ka kerja Bomba ? Main dengan api woo, panas , risiko tinggi , nyawa jadi taruhan , ingat macam main bunga api ka ? Dari akhbar Metro hari ni , ada cerita ni ...
Di Kota Bahru ,laungan Allahuakbar berulang-kali mengiringi suasana cemas di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di Kawasan Perindustrian, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, selepas sebuah tangki minyak pelincir terpakai berkapasiti antara 16,000 hingga 25,000 liter meletup sehingga ‘memuntahkan’ minyak bersama api dan membakar anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran di kilang berkenaan.
Kilang itu yang ditawarkan untuk dijual pada harga RM5 juta pada mulanya terbakar pada jam 8 pagi sebelum anggota bomba tiba pada jam 8.11 pagi, namun ketika menyudahkan tugas memastikan api di tangki berkenaan padam sepenuhnya setengah jam kemudian, minyak dari tangki itu memancut meletuskan api setinggi lebih 30 meter dan membakar beberapa anggota bomba yang berada berhampiran tangki berkenaan.
Akibatnya, tercetus suasana kelam-kabut apabila ada anggota bomba terbakar bersama pakaian dan ada pula yang berlari, berguling sebelum terbaring.
Seramai 10 pegawai dan anggota bomba cedera termasuk seorang anggota bomba wanita dengan lima daripadanya parah selepas melecur di muka dan badan. Sekumpulan wartawan dan jurugambar turut bertakbir apabila berdepan detik cemas kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari tempat mereka berkumpul.Baca lagi sini
Dulu ada gak cita-cita aku nak jadi bomba , tapi terbantut tengah jalan , sebab minat dah bertukar , minat kepada komputer , minat pada IT , last sekali macam sekarang , minat kat blog , hari-hari update blog , tak da keja lain . Pas tu klik iklan orang huhu...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
4 comments:
kerja yang berisiko, kalau sesaja kerja tak ada minat, mesti tak jadik ni.
memang berisiko sangat tinggi, bukan setakat padam api , pokok tumbang pun bomba kena gak ..
mmg bahaya.....padam kebakaran, kuarkan org tersepit kemalangan, tangkap ular....sume ngeri....
thanks to all firemen..
Post a Comment