Ni first time aku dengar , perompak guna bas sekolah untuk angkut barang rompakan , kes ni berlaku di KL , menurut akhbar Metro hari ni ....
Sekumpulan penjenayah menaiki bas sekolah dan beberap biji motor , memecah masuk kedai jual barangan untuk motosikal kuasa besar , termasuk jaket kulit , di Jalan Genting Klang jam 5.30 pagi . Mereka ambik masa 3 minit saja untuk sapu bersih barangan bernilai RM 70,000. Memang dah dirancang .
Yang syok tu , bas sekolah mana tah dia guna tu , bas tu budak sekolah dok guna , ambik lah berkat sikit . Orang nak pergi cari ilmu dia buat keja mencuri . Pagi hantar budak sekolah , malam pula mencuri , rasanya gitu kot . Baca lagi sini
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
2 comments:
Macam2 taktik perompak sekarang nie ya :-)
Perompak zaman moden , dah tentu canggih manggih
Post a Comment