Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

4 Nov 2012

Budak 14 tahun bawa kereta bapa terlibat kemalangan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Di Melaka, seorang pelajar umur 14 tahun bawa kereta bapa  terlibat kemalangan sehingga mengorbankan nyawa dia . Salah siapa agaknya , anak ke bapa ? Menurut akhbar Kosmo hari ni, tindakan berani seorang pelajar tingkatan dua memandu kereta bapanya mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta menyebabkan dia dan tiga lagi maut dalam nahas di Kilometer 38.5, Jalan Air Panas-Kesang dekat sini kelmarin.



Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kemalangan berlaku pada pukul 11.15 malam.Mereka yang maut ialah Mohd. Hafiz Helmi, 14; pemandu Perodua Myvi, Mohd. Shahir Mat Sahat, 27, dan dua rakannya, Hairul Nizam Alias, 34, serta Mohammad Izzuddin Usop, 21.

Beliau berkata, kereta Toyota Corolla yang dipandu Mohd. Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Myvi.Mohd. Hafiz yang merupakan pelajar tingkatan dua SMK Iskandar Shah, Jasin, dikatakan baru memandu sejauh 700 meter dari rumah mereka di Rumah Awam, Kesang sebelum kemalangan berlaku.Baca sini lagi

Budak lelaki umur macam ni mmg gitu , gila stering ni , aku pun dulu gitu gak , tapi bukan kereta bapa , tetapi kereta sewa , hentam bahu jalan kat roundabout , pancit tayar , padan muka aku , gatal nak sewa kereta sangat . Tu kali pertama , lepas tu aku sewa kereta lagi , kali ni aku follow belakang lori  bawa kotak kosong, tiba-tiba kotak tu melayang kena bumper depan kereta , dah senget bumper tu , mujur tak kena cermin . Lepas tu sampai sekarang aku tak penah sewa kereta dah .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

9 comments:

OKje said...

budak mentah sangat..... dah berangan bawak keta....tunggu ajelah dapat lesen.... yang dah ada lesen pun tak tentu bawak kat jalan raya inikan budak ting 2!.....

zack mus said...

bapa kena main peranan gak , sembunyi kunci kereta tu

Nor Zilla Sensei said...

mungkin ayah dia xth kot. xth nak salahkan sape. al fatihah utk arwah

zack mus said...

bapa dia tak tahu, dia yg buat silap , mana leh bawa kereta tak da lesen

Unknown said...

tu le masalahnye....dua2 pun salah.... bapak ade salah..aak lgla salah.... risau bile kite jd mangsa bile berlaku kejadian camni..

Unknown said...

Budak2 sekarang...
Tak boleh salahkan bapa budak tu 100%...
Budak2 sekarang nie ada yang keras kepala...
Ibu bapa dah halang pun still nak buat jugak...

zack mus said...

patutnya kereta tu jgn kasi drive langsung

Anonymous said...

salah satu mangsa adalah pakbusu saya . mohd shahir sahat.

zack mus said...

Takziah kepada keluarga mangsa

Post a Comment