Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian pukul 4.40 pagi itu, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun tidur di ruang tamu.
Menurutnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur.Kehadiran suspek mengejutkan pasangan suami isteri itu menyebabkan Khairul Hazri bertindak mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek.Aku ambik kat sini
Duduk kuarters pun tak berapa selamat , mungkin sebab tak pasang gril , nak pasang gak , kos? tanggung sendiri. Masuk ikut tingkap memang stended la , kopak sikit besi tu dah boleh masuk, ada gak kes masuk ikut bumbung , sebab tu lagi selamat pasang grill. Nama pun kuarters Pejabat Hutan , dah tentu tepi hutan dan sunyi kan ? , Tapi aku tengok kuarters jabatan kerajaan lain siap ada ' pak guard ' lagi , huh siapa sangka ya kuarters pun tak berapa selamat . Mohon perlindungan dari Allah , baca Surah 3 Qul sebelum tidur dan Surah Al-Fatihah, amalkan , InsyaAllah selamat dari gangguan ......
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
6 comments:
Kesiannya pada mangsa...
Sekarang nie, tak kira di mana kita berada pun boleh jadi macam nie...
Sebelum tidur baca doa ja mohon perlindungan Allah
hukuman semasa x berapa keras ntk beri pengajaran kt masyarakat kot..
macam mana perompak tu leh ada senapang patah plak?
nauzubillah, smoga kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH
Siannya ......hendak dijauhkan perkara macam ni.... tulah...hanya kepadaNya kita bertawakkal!
Nauzubillah....
Post a Comment