Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 Aug 2011

Ramadan temukan Noraniza Idris dan Ustaz Jeffri


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
KEGAGALAN dua kali dalam melayari bahtera rumah tangga bukan penghalang kepada penyanyi Noraniza Idris, 43, untuk mengatur kehidupan baru. Meskipun masih diselubungi perasaan takut sekiranya sejarah lama berulang semula namun hati Noraniza atau Ani , tekad untuk mencuba lantaran hatinya telah terpaut kepada Jeffri Hudi, 52.

Sifat penyayang dan ambil berat yang dimiliki Jeffri, seorang bilal masjid di Singapura itu ternyata membuatkan Ani yakin bahawa lelaki itu adalah jodohnya. Ani bakal bernikah dengan Jeffri pada pukul 12 tengah hari, 29 September, ini di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Pernikahan Ani dengan Jeffri yang juga seorang ahli perniagaan itu diadakan sempena Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Pada sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011, Ani turut berkongsi rasa cintanya pada Jeffri dengan pihak media. "Perkenalan kami bermula Ramadan tahun lalu. Ketika itu Ani menjual biskut tat nanas dan segala jualan di bazar Ramadan itu diserahkan kepada masjid.

"Kebetulan sewaktu Ani berjumpa seorang ustaz untuk bertanya cara penyerahan dana itu, abang (Jeffri) ada sama. Ketika itulah Ani mengenalinya. Alang-alang sudah jumpa, Ani pun jual juga tat nanas kepada abang," ceritanya yang memanggil Jeffri dengan panggilan abang. Kata Ani, dia tidak tahu pula gara-gara tat nanas itu, Jeffri senang untuk berkenalan dan seterusnya berkawan dengannya. Sementara itu, Jeffri yang malu-malu mengaku,setiap kali terpandang tat nanas, hatinya teringat kepada Ani dan tidak menduga penyanyi itu bakal menjadi isterinya.

"Bagi saya, tat nanas boleh dikatakan sebagai pengikat cinta kami. Kalau Ani tidak buat jualan tat nanas amal dan bertemu ustaz berkenaan untuk menyerahkan hasil jualan, mungkin kami tidak akan bertemu," katanya terus terang. Menurut Jeffri, dia kagum dengan usaha Ani yang melakukan kebajikan dan kebetulan dia juga mempunyai misi yang sama dan dari situ, mereka mempunyai persamaan. Jeffri yang merupakan duda anak empat itu mengakui dia tahu Ani adalah seorang penyanyi tapi tidak secara mendalam.

Dia yang sudah 13 tahun hidup menduda turut mendapat persetujuan daripada anak-anaknya untuk mengahwini Ani. Katanya, apa yang berlaku pada Ani (perkahwinan lepas) adalah sejarah hidup penyanyi itu dan dia tidak mahu ambil tahu kerana dirinya juga pernah melalui fasa itu.Meskipun pernikahan mereka bakal diadakan secara besar-besaran, Jeffri tidak kisah kerana majlis tersebut dibuat bersesuaian dengan festival yang dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd., bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

"Kalau ikutkan memanglah kami akan buat secara sederhana di Johor atau Singapura dengan hanya sanak saudara dan sahabat handai sahaja yang bakal diundang tetapi kini majlis itu bertukar menjadi besar-besaran.
"Saya tidak ada halangan dengan apa yang diatur oleh Ani. Pada saya apa yang dilakukannya adalah satu acara yang bakal memberi informasi kepada orang ramai. Kebetulan sahaja kami menjadi model," katanya jujur. Menurut Jeffri, biarpun selepas bernikah kelak, dia tetap akan memberi izin dan dorongan kepada Ani untuk meneruskan kerjaya seni yang dilakukan sebelum ini.

Kelembutan Jeffri pikat Ani

Noraniza yang dilamar Jeffri pada 25 September tahun lalu sempena tarikh lahir lelaki tersebut dan mengikat tali pertunangan pada 22 April lalu berkata, pada awalnya majlis pernikahan mereka akan diadakan di masjid pada 1 Oktober ini. Bagaimanapun tarikh tersebut dipercepatkan kepada 29 September ini untuk disesuaikan dengan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011. Program festival yang dianjur untuk menarik perhatian pelancong ke negeri berkenaan akan berlangsung dari 29 September hingga 2 Oktober ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti."Semua pihak bersetuju apabila tarikh pernikahan dipercepatkan, lagipun jaraknya tidak jauh. Apa salahnya dibuat serentak. Lagipun majlis pernikahan itu adalah sebahagian daripada atur cara festival.

"Bukan niat untuk menunjuk tapi ia adalah sebahagian daripada program yang telah Ani rancangkan sejak tiga tahun lalu. Ani merancang festival ini kerana sedih melihat generasi muda yang tidak tahu apa itu rewang dan adat istiadat orang Melayu dalam majlis perkahwinan," jelasnya pada sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahannya di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Johor, Hashim Yusof dan Pengerusi Belia 4B (M) Negeri Johor, merangkap pengerusi bersama Masyhur 1Malaysia, Syahrin Md. Jamaluddin.

Ketika ditanya apa yang membuatkan dia terbuka hati menerima Jeffri sebagai calon suami selepas dua kali gagal dalam rumah tangga Ani berkaya: "Sebelum ini Ani sering bersama dengan orang yang keras tapi dengan abang, dia berbeza. Dia kalau marah tidak akan meninggi suara, sebaliknya dia lebih suka mendiamkan diri. "Sikapnya yang lembut itu memikat hati Ani dan setelah mengenalinya, Ani yakin dia adalah jodoh Ani."  

Restu anak-anak

Sementara itu, anak bujang Ani, Mohd. Aliff Haiqal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 17, mengakui mereka gembira dengan keputusan ibu mreka untuk menamatkan zaman janda. Kata Aliff, walaupun ibu mereka tidak begitu terbuka dalam soal jodoh namun tidak pernah merahsiakan calon suaminya. "Seperti selalu mama akan beritahu dia rapat dengan siapa tapi tidaklah cerita secara terperinci. Bagi kami, yang penting uncle ikhlas memperisterikan mama," katanya. Sumber dari Utusan Malaysia

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment