Pasangan bakal pengantin popular Norman Hakim dan Memey menarik nafas lega selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim, memutuskan untuk mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat.
“Selepas tiga tahun berdepan dengan macam-macam dugaan dan tohmahan saya tak sangka akan mendengar keputusan yang amat menggembirakan ini. Ketika diumumkan saya ‘blur’ dan terkesima lalu terus menangis. Saya anggap ini sebagai berkat doa semua orang yang menyokong saya.
“Orang pertama yang saya hubungi adalah ibu saya dan ibu Norman. Mereka berdua merupakan kekuatan pada saya. Insya-Allah saya akan buat kenduri dan jemput semua orang yang terlibat dalam perbicaraan kes,” ujar Memey yang dihubungi.
Norman dan Memey merancang untuk bernikah pada 24 September ini. Sumber Media Hiburan
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment