Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Aug 2011

Noraniza Idris Bakal Berkahwin Dengan Ustaz!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Noraniza Idris yang terkenal dengan lagu yang berunsurkan etnik kreatif telah selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang Ustaz dan juga bilal bebas dari Singapura. “MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” Begitulah antara ungkapan yang diucapkan oleh Noraniza Idris.



Noraniza Idris telah melangsungkan pertunangan tersebut dengan Jeffri Hudi,52, dan mengharapkan perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhir hayat. Mengikut laporan asal dari

Noraniza seterusnya mengatakan selepas bercerai kali kedua, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi dan membiarkan Allah SWT menentukan segala-galanya.
Bagi artis itu, bukan dia tidak mahu berkahwin lagi tetapi biarlah jodoh itu datang sendiri.
“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.
“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.
“Sebenarnya selepas dua kali bercerai, saya fobia untuk berkahwin lagi. Kalau dulu memang perkahwinan menjadi keutamaan dalam hidup saya tetapi selepas bersendirian, saya tumpukan kepada kerjaya seni dan bisnes.
“Apabila ada orang mengambil berat pasal saya dengan sering menghubungi saya setiap hari walaupun berjauhan, membuatkan saya rasa dekat dengannya.
“Saya sudah mula rasa ada kawan mengisi kekosongan. Keadaan itu membuatkan saya rasa teringin berkahwin semula. Perasaan untuk mempunyai teman hidup itu wujud secara semula jadi,” katanya.
Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu.
Noraniza berkata biarpun dia sudah berkahwin dua kali, bakal ibu mentuanya sangat mementingkan adat lama.
“Ibunya tetap mahu hantar rombongan merisik. Selepas itu baru diadakan majlis pertunangan. Ingatkan selepas bertunang kali pertama pada usia 18 tahun, saya tidak akan bertunang lagi,” katanya.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment