Tentera mereka lah paling kuat kat dunia ni , dulu mereka serang Vietnam , Iraq , dan terbaru nak serang Iran pulak . Mereka ada kekuatan ketenteraan , semua ada peralatan canggih , TAPI ........dalam negara mereka sendiri tak selamat .....cer baca cerita ni ....
Seramai empat orang maut kelmarin manakala beberapa anggota polis cedera dalam satu kejadian tembakan di pedalaman negeri Pennsylvania, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).Tu kuasa Allah , rakyat mereka sendiri tembak jiran , pastu bunuh diri ......hmmm..
Bercakap mengenai tragedi terbaharu itu, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Blair, Diane Meling berkata, insiden tembakan itu meliputi 'satu kawasan sekitar beberapa kilometer' dekat bandar Frankstown di negeri berkenaan.
"Empat orang ditembak mati. Jumlah itu termasuk penyerang.
"Terdapat beberapa anggota keselamatan Pennsylvania yang cedera namun, saya difahamkan kecederaan mereka tidak serius," tambah Meling.
Beberapa pegawai lain memberitahu, serangan melibatkan seorang lelaki yang menembak mati seorang wanita ketika mangsa menghias dewan sebuah gereja untuk persediaan parti kanak-kanak di Geeseytown, Pennsylvania sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.
Menurut mereka, penyerang turut membunuh dua lelaki lain di sekitar bandar itu sebelum dia mati ditembak pasukan polis dalam satu kejadian tembak-menembak.
Dalam satu lagi serangan, dua orang ditembak mati di sebuah kelab malam di Birmingham, dalam negeri Alabama kelmarin.
Seorang pegawai polis, Kapten Jim Coker berkata, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian dalam serangan yang berlaku sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan.
Artikel Penuh: Kosmo
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
4 comments:
balasan tuhan ni...pemimpin2 diorang ni zalim sangat...
kuasa Allah ,'kun faya kun ' ,diluar batas pemikiran manusia
dah tak selamat... dunia sekarang...
done nutrilite.. :)
tekanan dan tiada pegangan agama...
pmimpin diorang patut look into masalah negara sendiri drpd 'menyelamatkan' negara len..
Post a Comment