“Saya reda dengan takdir yang menimpa anak saya. Jika ini ketentuan-Nya, kami terima dengan hati terbuka. Namun, saya rasa kecewa dengan anggota jabatan berkenaan kerana lambat bertindak dan tidak melaksanakan operasi mencari arwah sejurus kejadian itu.”
Begitu kata Othman Abdullah, 62, bapa kepada Allahyarham Aidi Azhar, 29, yang mayatnya ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan kira-kira jam 3.40 petang semalam ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat sejak kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi kelmarin, bot dinaiki Aidi Azhar bersama tiga lagi dilanggar sebuah bot peronda Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), mengakibatkan seorang cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.
Gerakan mencari yang dilaksanakan sejurus selepas kejadian oleh penduduk kampung dan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), berjaya menemui mayat mangsa selepas operasi itu dilaksanakan lebih 30 jam sejak tragedi itu.
Othman berkata, pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ada berjumpa dengannya dan meluahkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi, namun dia tetap berasa terkilan berikutan tindakan anggota jabatan itu tidak mengambil tindakan cepat. Dipetik dari sini
Patutnya dah langgar orang tu kena ambik tindakan cepat lah , budak tu mungkin boleh diselamatkan , ini dah 30 jam dah tentu lemas , mujur tak dibaham jerung . ambik cerita ni sebagai iktibar la ...
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
kesiannya...
Post a Comment