Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

8 Dec 2012

Petua dan pantang larang semasa demam campak


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Jannah demam campak ,jadi aku dok pikir juga apa petua dan pantang larang semasa demam campak ni , wife dan mertua aku ada lah cakap itu dan ini , so pagi ni aku meng Google lah sebab nak buat entri , terjumpa blog ciktom.com ni 

Petua dan pantang larang semasa demam campak :

1. Minum air kelapa segar yang diambil terus dari pokok , ia berfungsi untuk keluarkan semua bintik dari dalam badan .

2. Gunakan daun semambu diletak bawah bantal dan tilam untuk mengelakkan gatal seluruh badan . Daun ini juga boleh ditumbuk lumat dengan beras dan sapukan pada bintik di seluruh badan . Daun ini juga boleh diramas dengan air dan dimandikan .

3. Mandi  banyak supaya badan sejuk , mandi perlahan-lahan supaya bintik tidak pecah .

4. Elakkan makan kicap supaya bintik tak meninggalkan parut hitam

5. Elakkan terkena air hujan takut nanti parut tu jadi kekal

6. Elakkan makan makanan berminyak takut nanti gatal seluruh badan

7. Elakkan minum ais , telur , daging ,ayam, seafood yang gatal seperti udang, ketam dan sotong .

8. Elakkan menggaru badan , kalau gatal tu gosok saja tapi jangan sampai pecah .

9. Elakkan bergaul dengan orang yang belum kena campak  sebab ia boleh berjangkit

Itulah serba sikit maklumat pasal demam campak atau chiken pox ni yang aku cedok dari belog cik tom tu , sama ja macam wife dengan mertua aku cakap tu , di samping mengamalkan petua tadi , aku juga ada minta air penawar dari ustaz , air ini separuh diminum dan separuh lagi dimandi 3 kali , pagi , tengahari dan petang  . Semalam kasi dia minum , campak keluar penuh kat muka dia , memang tujuan air ini dijampi supaya semua campak keluar habis .

Kalau tak keluar habis , nanti ada peluang dia nak kena kali kedua , tak mao dah , kali ni  cukuplah , kasi dia keluar habis , cuma kesian kat dia la nak kena tahan sakit , huhu.....





Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

Jangkit kat sapa tu b cik..... biasanya jangkitan kena bila demam ni dah baik.....so kalau be,um tu kena bersiap sedia...

zack mus said...

rasanya jangkit kat tadika dia

Post a Comment