Datuk K jatuh motor kuasa tinggi di Queenstown , New Zealand , semasa menunggang dan berkonvoi bersama kengkawan dia , sewaktu dia menghabiskan masa bercuti di sana . Kemalangan berlaku sekitar jam 12 tengahari waktu malaysia sebabkan dia patah bahu dan cedera di kaki tangan .
Dia di bawa ke Hospital Southland , Queenstown dengan helikopter , yang terletak 190 km dari tempat kejadian , kira-kira 2 jam perjalanan . Jauhnya tu ....!!
Gambar atas tu gambar lama , diambil semasa Kembara 1Malaysia tahun lepas , bersama Dato' Siti benceng kat belakang . Kekadang tu kalau seseorang tu terlalu banyak duit , dia akan cuba habiskan duit dengan hobi yang pelik macam ni , naik motor kuasa tinggi , naik kapal layar kelilingi dunia , main golf , ni permainan orang kaya ni dan macam-macam lagi . Huuuh .....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
7 comments:
Hobi orang kaya, dan membawa padah. Nasibla patah bahu, kalau patah leher -_-"
Patah leher Qaaaluuuu terus ...
biasa la tu jatuh motor jangan jatuh hati sudah ,bising satu Msia
moga DK cepat sembuh..
xpe patah ape pun..dia kan kaya..kalau org biasa..kes naya..patabahu pun dlm gaya, ye la dr motosikal kuasa tinggi....
nwy..moga cepat sembuh
Semoga beliau sembuh dengan cepat...
jatuh motor tak pa , kalau jatuh hati , komfom mengamuk Dato Siti huhu
Post a Comment