MELAKA - Tindakan satu sindiket Macau Scam dianggotai warga Taiwan dan China menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan itu terbongkar apabila 10 ahli sindiket berkenaan dicekup polis di Taman Puncak Bertam, Cheng di sini semalam.
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor kira-kira pukul 11 pagi itu berjaya menahan sembilan warga Taiwan dan seorang warga China berusia 20 hingga 30-an termasuk empat wanita yang mempunyai pas lawatan sosial.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sindiket berkenaan menjadikan dua rumah kedai yang disewa di situ sebagai pusat untuk memperdaya mangsa yang kesemuanya warga Taiwan dan China sejak bulan lalu.
"Mereka mempunyai beberapa pusat komunikasi berasingan untuk menghubungi mangsa menggunakan teknik spoofing menerusi Suara Melalui Protokol Internet (VoIP).
"Sindiket ini dipercayai menggunakan taktik sama iaitu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman dan bank untuk menipu mangsa.
"Ahli sindiket ini menyatakan kononnya wang dalam akaun bank mereka dibekukan dan mangsa perlu memasukkan semua wang ke dalam akaun diberikan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini semalam. -kosmo
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment