Pages

7 Mar 2013

Senaman yang berterusan berjaya turunkan berat badan

Anda berminat nak turunkan berat badan ? Banyak cara boleh digunakan , samada cara yang melibatkan kewangan atau cara percuma , terpulang  kepada anda . Bagi sesetengah orang yang nak turunkan berat badan , cara terbaik adalah diet , sampai sanggup berpuasa semata-mata nak diet , tak makan itu dan ini  , itu tak boleh makan , ini tak boleh makan , sampai satu tahap , orang itu nampak macam orang sakit . Tak boleh lah macam tu , kalau nak diet pun biarlah perlahan-lahan .

Mesti makan juga , jika tidak , dari mana badan anda nak dapatkan tenaga yang cukup untuk menampung aktiviti harian? . Dari pembacaan yang saya baca di internet , setiap empat jam , manusia mesti makan , walaupun sedikit , nasihat saya , makanlah dalam kuantiti yang sedikit , dan tidak terlalu kenyang dan tidak terlalu lapar . Jika anda nak tidur lewat , anda makanlah lewat , dan jika nak tidur awal , makanlah awal , selalunya pada pukul 7 malam.

Sesetengah orang suka makan ubat pelangsing , memang amat berkesan , dan terbukti , dan disahkan oleh pakar kesihatan , tetapi ia juga ada kesan sampingan , dan kesan ini akan muncul dalam jangka msa panjang . Anda tidak akan nampak kesannya sekarang , tapi pada hari tua anda . Dengan mempraktikkan cara begini anda akan dapat turunkan berat badan dalam masa yang singkat , tetapi akan memberi kesan jangka panjang .

Cara terbaik anda amalkan cara semulajadi , senaman berterusan untuk mengeluarkan peluh , ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap . Senaman mesti dua atau tiga kali seminggu dan setiap sesi ambil masa sejam . Amalkan cara hidup sihat , sentiasa mengeluarkan peluh seperti berjogging , pergi gymnasium ,  senaman ringan boleh juga dibuat di rumah anda , seperti pumping dan skipping , ini adalah cara mudah yang anda boleh buat di mana-mana saja .

Cuba lah curi-curi masa dengan bersenam , ubah cara hidup anda , daripada bersiar-siar di pasaraya , lebih baik bawa keluarga anda ke taman permainan , dapat juga mengeluarkan peluh . Amalkan , insyaAllah anda akan berjaya turunkan berat badan . Teknik yang betul menurunkan berat badan adalah sedikit demi sedikit , bukannya secara mendadak .

5 comments:

  1. Hati nak kena cekal, tabah dan kuat kalau betul2 nak kurus ni... ^_^

    ReplyDelete
  2. kena focus , dan senaman berterusan

    ReplyDelete
  3. bersenam ini memang elok untuk kesihatan. tapi sekarang ni memang ramai yang malas bersenam kan

    ReplyDelete
  4. betullah b cik...lama dah tak bersenam treadmill kat tingkat atas...siang dah bizi berblogging... malam dah mandi malas nak berpeluh cam ne tu huhu

    ReplyDelete