Pages

6 Mar 2013

Blogger boleh kaya ?

Boleh kaya ke jadi blogger ? Itu persoalan yang bermain di minda saya , dalam ramai blogger di seluruh dunia , tapi yang boleh betul-betul buat pendapatan hanya sekerat saja . Blogger yang lain hanya tumpang kejayaan kawan-kawan saja . Bagi saya  tak penting boleh jana income , kaya , buat duit atau tidak , yang pasti teknik penulisan dan semangat persahabatan sesama blogger yang hanya berkenalan di alam internet , tapi lama kelamaan menjadi akrab seperti kawan rapat .

Ada yang berblog kerana duit , hanya fikir duit dan pentingkan duit , tidak mementingkan isi kandungan blog , bagi saya , itu tak bagus , kualiti penulisan adalah penting , sebab penulisan yang baik akan menarik pembaca datang semula ke blog anda . Jika hanya mementingkan wang tanpa ada rasa kepuasan berblog, pembaca mungkin datang sekali itu sahaja .

Pembaca yang setia adalah  pembaca yang senyap , dia akan datang selalu ke blog anda tanpa perlu dipaksa-paksa , dia akan membaca setiap entri anda walaupun entri itu dah lama , minggu lepas punya , malahan yang tahun lepas pun dia sanggup baca lagi , itu baru nama kesetiaan !  Bagi saya penulisan yang bagus adalah , penulisan yang membuatkan pembaca tertunggu-tunggu penulisan dari anda yang seterusnya , saban hari pembaca akan membelek blog anda samada ada entri baru ke , walaupun entri itu hanyalah entri yang dibuat secara mobile ataupun entri bergambar , gambar menceritakan segalanya .

Bagi saya kaya atau tidak, itu tidak penting yang penting kepuasan , berblog hanya secara part time , lainlah blogger otai , yang pendapatannya bergantung kepada blog , blog adalah nyawanya , ternyata pendapatannya melebihi gaji saya mungkin . Bagi mereka yang sudah ada nama dalam arena blog , mereka mudah menjana pendapatan , kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya , macamana nak dapat kejayaan kalau tak susah dulu kan ? Itu rezeki mereka ....

Ada blogger yang mempunya teknik promosi yang amat berkesan , mereka dinamakan internet marketer , katanya mereka dapat menjana beribu-ribu ringgit sebulan hanya dengan membuat internet marketing , itu cara mereka , kekadang bukti yang mereka tunjukkan itu adalah satu pembohongan , itu taktik nak melariskan jualan sahaja . Terpulang kepada anda nak percaya atau tidak kepada mana-mana internet marketer  .

Jadi mana satu pilihan anda ?, Nak jadi blogger yang hanya mementingkan wang ? Atau nak jadi  blogger yang kreatif dalam penulisan sehingga menarik ramai pembaca ? Tepulang kepada anda .......

6 comments:

  1. saya nak jadi blogger yang ramai kawan...hihihi....

    ReplyDelete
  2. bagus lah tu ,tak kaya pun tak pa kan ?

    ReplyDelete
  3. saya berblog kerana minat sedari dulu...bukan kerana duit...

    ReplyDelete
  4. Setelah bersara baru saya berfb dan berblog...itupun anak2 yang cadangkan sebab saya suka membaca dan menulis....


    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  5. baguslah tu , minat membaca , isi masa lapang

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete