Masalah bau ketiak memang menjadi masalah utama bagi kebanyakan orang , bagaimana menghilangkannya ?, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang berumahtangga , jangan takut , masalah ini boleh diselesaikan , tak payah jumpa doktor , cuma perlu ikut saja petua-petua yang akan saya berikan nanti . Tips ini sesuai untuk perempuan supaya sentiasa bau wangi , tapi kaum lelaki arau pria pun jangan pandang remeh dan enteng pasal bau ni . Lelaki pun mesti wangi juga dong .
Caranya begini , minum air rebusan daun sirih , makan daun kemangi ,makan banyak timun , kurangkan makanan pedas , kurangkan minum kopi, jangan lupa cukur bulu ketiak , kerana bulu ketiak yang lebat akan menjadi sarang kuman bermaharajalela .
Ada lagi cara-cara lain seperti rajin mandi , mandi adalah langkah awal nak hilangkan bau ketiak , tak kanlah nak basuh ketiak saja kot , mandi terus lah . Mandilah dengan air yang mengalir , bukannya terjun kolam , kerana bakteria akan mudah hilang kalau mandi dengan air mengalir .
Guna Deadoran , gunakanlah sebarang pewangi yang boleh dibeli di kedai , sekurang-kurangnya dapatlah cover sikit bau tu dari terkeluar , jangan lupa setiap kali lepas mandi gunakan lah deadoran atau pewangi ketiak.
Pemakanan yang betul , banyakkan makan buah-buahan yang antioksidan, kurangkan makan makanan yang ada caffein, coklat dan lemak. Bakteria sangat suka pada peluh yang keluar dari pembakaran lemak. Banyakkan minum air .
Sayuran hijau seperti daun kemangi sangat bagus untuk menghilangkan bau badan , hindari makan makanan yang berbau seperti petai , jering dan seangkatan dengannya . Begitulah antara tips yang saya dapat kongsikan dengan anda pasal bau ketiak ni .
Ada lagi tips-tips kesihatan lain yang saya kongsikan dalam blog ni seperti tips mengelak sakit jantung , Tips kuruskan badan , Tips kempiskan perut, Tips kuruskan badan cepat , sudi-sudikanlah godek-godek blog ni lagi , taip je dalam Search Box bahagian penjuru atas kanan. Sekian .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
1 comment:
Sanggup ke nak minum air sirih tu??? tak pernah cuba pulak... pakai deoderan aje le hehe..
Post a Comment