Menurut akhbar Kosmo hari ni Sarawak telah memperkenalkan Zon Bebas Buaya ( Crocodile Free Zone ) di sungai-sungai yang terdapat ramai orang guna untuk mengurangkan konflik antara manusia dan buaya kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Datuk Ali Yusop.
"Bilangan buaya di negeri ini semakin meningkat dan kehadiran haiwan reptilia ini membuktikan ekosistem sungai di sini adalah sihat," beliau berkata susulan penangkapan buaya sepanjang 1.8 meter di sungai Sarawak di Bintawa di sini. Haiwan itu dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang .Fungsi buaya dalam ekosistem selaku pembangkai dan pemangsa telah diterima baik kerana ia membantu mengekalkan ekosistem yang sihat dan populasi haiwan yang lain.
Ok fine !! Dulu aku ada belajar Biologi , kestabilan ekosistem tu penting . Buaya ni ada kebaikan dan keburukan . Kalau tak ada buaya siapa nak makan bangkai ?, nasib baik ada buaya cuci sikit sungai , bangkai-bangkai semua dia sapu . Keburukan pula , bila sungai dah ada buaya , makhluk lain takut nak gi dekat , termasuk manusia , takut kena makan dek buaya . Kira standard la ada give and take la ...
Baca lagi di sini
Bagi Wilma...
ReplyDeleteInilah cara yang terbaik ^_^
Unik...Tak pernah lagi dengar Zon Bebas Buaya nie :-)
siap untuk santap dah tu..
ReplyDeletex terbayang kalau terserempak ngan buaya kt sungai....
ReplyDeletenk watpe tu???mengucap je la....:)
kalau terjumpa konfirm , lari tak cukup tanah
ReplyDeleteboleh percaya 100% ke zon bebas buaya... apa yg diaorg lakukan...
ReplyDeletenak bagi sedap hati penduduk je kot
ReplyDelete