Aku nak ambik 2 hari cuti , Khamis 25 Oktober dan Isnin 29 Oktober 2012 untuk Hari Raya Haji , wah 2 hari je tapi kalau campur dengan Raya Haji jadi 5 hari , banyak tu , tentu jemu dok rumah kan . Sebenarnya aku bukan boleh saja-saja gatal nak apply cuti . Tetapi cuti raya aku mesti ikut cuti Tadika Prasis , tadika anak aku la .
Sebabnya , Raya Puasa hari tu , aku main bantai ambik cuti suka hati aku je , langsung tak tengok tadika cuti berapa hari , tengok-tengok tadika tambah lagi satu hari cuti , terpaksa aku cuti kecemasan hari tu , belajar dari kesilapan lalu . Bukan tak leh hantar kat mak mertua aku tu , tapi paham je la , anak aku tu dah besar , tak mau dah gi duduk lama-lama rumah orang , asyik nak dok celah ketiak mah dan abah dia ja .
Tadi aku dah konfirm dengan cikgu tadika tentang cuti Hari Raya Korban . Aku suka tadika ni , sebab dia tak berkira sangat , patut ambik anak kol 5 , tapi aku kol 5.45 baru sampai . Kalau kat tempat lain tu dah kena denda RM2 tu . Tapi kat sini tak kena denda pun . Memang dia ambik mahal sikit dari tempat lain , tapi anak aku rasanya serasi kat situ. Lagipun tempat ni banyak menerapkan agama . Tengok anak aku 5 tahun dah boleh baca muqaddam.
Selamat Hari Raya Haji Abg Cik ^_^
ReplyDeleteSelamat hari raya juga wilma
ReplyDeleteTak balik kg ke b. cik... ??
ReplyDeleteinsyaAllah balik
ReplyDelete