Terkejut juga baca akhbar Berita Harian Online hari ni cerita pasal 75 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam dan berisiko menghidap pelbagai penyakit . Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidaklah memeranjatkan: Rakyat Malaysia ternyata malas bersenam atau beriadah. Hanya 25 peratus rakyat negara ini yang terbabit dalam aktiviti senaman. Rosnah juga menyebutkan bahawa rakyat kita terdedah kepada pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap - daripada diabetes hinggalah hipertensi. Kadar penyakit yang membabitkan jantung juga meningkat, demikian juga masalah obesiti. Menurut laporan terbaru, 6.2 juta penduduk dewasa kita mempunyai kolesterol tinggi, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 2.6 juta menghidap diabetes.
Itu pasal aku jogging, skipping tak kira masa tu kasi keluar peluh , kasi bakar lemak , kasi exercise sikit sebagai usaha nak elak penyakit , tapi kalau penyakit nak hinggap juga tak leh nak buat apa la kuasa Allah . Kita cuma berusaha , Allah tentukan .
Lebih malang lagi, kita tidak berbuat apa-apa selepas makan. Rakyat Malaysia enggan bersenam selama setengah jam sehari tiga minggu sekali, kadar minimum yang diperlukan bagi membakar lebih 3,000 kalori yang dimakan sehari. Mereka lebih suka bermalas-malas. Walaupun rata-rata mereka menggemari sukan tetapi mereka menonton perlawanan bola Liga Inggeris (EPL) sambil makan di kedai mamak atau di rumah. Minat terhadap sukan tidak diimbangi dengan amalan bersukan.
Wah , sehari mau buat setengah jam , paling sikit seminggu 3 kali , baru 3000 kalori terbakar , tapi kita makan lebih dari 3000 kalori , pasal tu badan kita naik dan tak turun .Kita minat tengok bola , tapi malas nak main bola . Minat tengok sukan , setiap rumah ada Channel Astro , tapi malas bersukan . Dah lah tengok Astro , sambil makan pulak tu . Kalau tengok bola di kedai mamak , order teh tarik sampai 3 , 4 gelas , rokok habis sekotak kalau tengok satu game bola tu . Punca penyakit semua tu. Baca lebih lanjut di sini
saya dulu malas nak bersenam. tapi kalu nak sihat dan badan tak naik. kene bersenam
ReplyDeletekalau makan2 produk.pg slimming centre. memg la kurus. tapi tak sihat pun jantung kite.hehhe
p/s- lawak la bila Tim Menteri ni bagi statement macam ni. adui. bawak2 la sama2 brsenam ;p
yes setuju. lg satu sb jadi malas bersenam sb ad kes jumpa llki miang.terus fobia nak bersenam.ahhaha
ReplyDeleteB, Cik cakap skipping... baru rasa mcm nak skipping pulak...he...
ReplyDeleteada orang mengendap zilla ke /
ReplyDeletesyabar dayteen , keep it up
ReplyDeleteokje , u skipping pulak le , asyik cerita pasal makan je
ReplyDeleteDah lama tak skipping...
ReplyDeleteNak mula buat balik la nie ^_^
elok lah tu Wilma , skipping je dalam rumah , susah sikit orang nak mengintai
ReplyDeleteAsalnya tak sempat nak bersenam . Tapi lama-lama jadi pulak malas . Bersenam dalam bilik dalam 10 minit pun jadilah kan .
ReplyDeleteye la ayahmuda , kena curi-curi masa
ReplyDelete