KUALA LUMPUR 5 Mei - Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.
Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.-UTUSAN
PS-Tak ada kerja lain siswa universiti ni , asyik nak buat demo je
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
4 comments:
dia ni dulu kat uitm kedah skali dgn aku..skarang kat shah alam pun skali...malu aku dgn dia ni..adehh
kalau satu U dengan aku, memang tak lama la dia bertahan dengan perangai mcm ni... Memang aku bagi tekanan cukup2.. hahaha
nama aje mahasisiswa tapi akal takde. Ni namanya dah terlebih pandai, negara dah aman yang kau nak menghuru harakan buat ape. Aku yang tak masuk U pun boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
Mahasiswa sekarang mewah dengan duit PTPTN ...megah banyak duit ...asyik nak buat demonstrasi jea ..tak dak keje lain !!
Post a Comment