Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Sept 2011

Penyanyi Siti Nordiana Juga Sudah Bertudung!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

"Alhamdulillah, imej bertudung sudah menjadi imej kekal saya sejak ramadan lalu. Saya sudah mengenakan tudung seminggu sebelum menyambut Aidilfitri. Jujur sebenarnya, saya sudah lama nak berubah dengan memakai tudung. Barulah sekarang saya mempunyai keberanian untuk berimej seperti ini.
"Niat saya untuk bertudung lebih mendalam selepas minat saya membaca buku-buku Islamiah semakin tebal. Saya juga melihat kebanyakkan saudara baru Islam lebih banyak mengenakan tudung sebaik saja mereka menganut agama Islam. Jadi, saya rasa ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah.
"Lagipun saya mahu jadi contoh terbaik buat anak saya. Apapun, saya sebegini bukanlah bermaksud saya terus menjadi alim atau tidak akan bekerjaya sebagai artis. Saya masih lagi belajar dan berharap saya dapat terus mendalami Islam dengan baik serta sempurna," katanya.
Dalam pada itu, Nana turut mendakwa orang yang pertama mengetahui niat murninya itu adalah kakak angkatnya bernama Kak Zihan.
"Apabila hati saya kuat mengatakan mahu memakai tudung, saya terus SMS Kak Zihan. Dia adalah orang yang selalu membantu saya jikalau saya menghadapi kesukaran. Dialah tempat saya berkongsi masalah. Saya selalu meminta nasihat dia kalau saya ada sangsi dalam apa jua masalah.
"Waktu itu, saya bercakap kepadanya bahawa hati saya dah terbuka untuk memakai tudung. Selepas mendengarnya, dia gembira dengan keputusan saya dan memberikan hampir kesemua tudungnya kepada saya," ujar Nana yang sememangnya menyukai fesyen berhijab.
Sungguhpun niat Nana berhijrah tiada kena mengena dengan mencari publisiti murahan, namun Nana tidak boleh lari daripada tuduhan itu.
"Masa saya mula-mula memakai tudung, memang ramai orang mengata saya. Ada yang kata saya memakai tudung sebab saya nak menutup kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum itu. Ada pula yang menuduh saya mahu cari publisiti murahan. Biarlah apa orang nak kata.
"Saya memang bertudung sebab saya ikhlas. Tiada kena mengena langsung dengan karier seni saya. Lagipun, saya masih seperti dulu dan saya tidak mahu jadi hipokrit. Saya pun nak jelaskan, tiada sesiapa pengaruh saya untuk berubah. Sebelum ini, saya pun ada bercakap dengan pengurusan saya dengan niat ini.
"Namun, sekalil lagi, waktu itu saya belum bersedia. Ramadan lepas membuka hati saya dan Alhamdulillah, saya mendapat respon yang baik. Saya juga masih lagi mahu tunjuk ajar dari mereka yang sudah lama berimej muslimah," jelasnya.

Sumber : murai.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment