Pages

15 Mar 2013

Hari Jumaat memang trafik kurang , tau kenapa ?


Memang trafik kurang pada Hari Jumaat  ,tau kenapa agaknya ? Pekerja dari  negeri seperti Kedah , Kelantan dan Trengganu bercuti pada hari ini , ramai orang offline , jadi anda sudah kehilangan banyak pelawat dari negeri pantai timur , yang selalu online adalah kakitangan pejabat , mereka ni lah yang selalu blog walking .

Lagi pun Hari Jumaat , bagi yang bekerja , masa untuk online adalah singkat , dan ini membataskan pergerakan anda untuk blogwalking , bagi kaum lelaki , masa solat Jumaat  bermula dari 12.30 hingga 2.30 petang , nak online semula pukul 3 petang pula .

Dan , Hari Jumaat , ramai yang tak pergi kerja , sebab , ....faham sendiri  bagi yang dah berumahtangga , ramai yang bercuti sebab bangun lewat kerana 'aktiviti semalam' , ada yang bercuti sebab dapat cuti 3 hari sekaligus iaitu Sabtu dan Ahad . Dan, Hari Jumaat juga merupakan hari perantau balik kampung , yang nak balik kampung , mereka akan bertolak pada petang Jumaat selepas habis kerja , macamana nak online ?

Amalkan doa yang anda hendak pohon pada hari Jumaat selepas solat , sebab pada hari Jumaat ada satu detik yang Allah akan makbulkan doa anda. Amalkan zikir yang banyak pada hari Jumaat , seperti yang anda maklum , Jumaat adalah penghulu segala hari.

Dan , terakhir sekali hari seperti saya bagi tau tadi Jumaat merupakan penghulu segala hari , ramai orang tak dapat nak online lama sebab , masa dihabiskan dengan beribadat , InsyaAllah !! Tengok juga entri saya pasal Kelebihan Selawat Syifa



5 comments:

  1. Disebabkan aktiviti semalam, sy juga krg BW...hehe

    ReplyDelete
  2. Wah dahsyatlah b. cik....pakar membuat analisa hehe

    ReplyDelete
  3. betul tue. setuju dengan abg cik.

    ReplyDelete
  4. hari jumaat sama macam hari bermalasan sedunia....hehe

    ReplyDelete