Pages
▼
16 Oct 2012
Elaun jururawat naik tahun depan
Wahh ...elaun jururawat naik lagi , menurut Kosmo hari ni kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.
Nampaknya kerajaan prihatin dengan kos sara hidup yang dihadapi oleh bakal jururawat ni .Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.
Kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.
Nampak lepas ni adik-adik kita boleh lah mohon jawatan jururawat ni , elaun dah naik , macam dapat gaji dah , lagi ada pertambahan jawatan lagi tu . Elaun jururawat je dah boleh bayar ansuran bulanan Saga FL ni , paling teruk pun Viva sebiji , pakat-pakat lah jadi jururawat.
eh, nanti mesti banyak duit kawan saya dapat.dia nurse.hehe.
ReplyDeleteConfirm lepas nie ramai yang berminat jadi nurse lepas nie :-)
ReplyDeleteanak aku besar nanti nak suruh jadi nurse lah
ReplyDeleteBukan senang nak jadi nurse tau..... Kena minat ....takut, geli semua kena tahan bang cik oiii...
ReplyDeletehehe .. tw xpe .. kne ad minat
ReplyDeleteWalaupn elaun besa nilainye ,, tp byrn mkn & mnum , asrma & wet projek mesty nek la ,, wahhh ... tp alhamdulillah la skurang2ny ad gak bajet utk blanje..
ReplyDeleteSalam tuan..gamba jururawat tu tuan punya ke?
ReplyDeletemohon keizinan untuk guna gambar tu bole?
untuk uat banner hari jururawat.
tq