Nampaknya kelmarin dan hari adalah 2 hari yang memenatkan . Ni semua kes OPEN DAY kat tempat keje aku . Yang jadi sibuk ni sebab , sembelih lembu seekor untuk jamuan . Part sembelih lembu tu dah ada orang lain yang in charge , aku kena bahagian dalam dewan , iaitu perasmian . Ni part yang tak leh buat silap sebab yang datang tu YB . Keletihan aku boleh aku gambarkan macam gambar di bawah ni , lawak juga hi hi ....
.
Yang best tu nak kena jaga konti dalam dewan tu kena main lagu, haa macam dalam konti radio pulak , nak kena jaga kalau PA sistem rosak atau tidak , nak kena pastikan microfon sentiasa ok . Dalam masa yang sama kena pastikan perjalanan majlis perasmian berjalan dengan lancar . Macam juruhebah radio gayanya aku ni .
Fuuhhh penat , tapi part yang best sekali bila Huda dera aku semalam , kol 3 pagi baru tidur , aku lak tido kol 3.30 bangun kol 7 pagi . Berdengung kepala aku hari gi keja . Rasa macam langit tinggi rendah , tapi tahan juga sampai habis majlis perasmian , jadi , lepas makan gulai daging lembu yang kami masak sendiri , aku pun balik rumah , dapat gak lelap setengah jam , jadilah , boleh jaga sampai petang .
Harap esok boleh recover balik tidur yang tak cukup tu , belog pun kena update , blogwalking pun kena buat , bayar hutang kawan-kawan he he . Esok terpaksa ambik cuti lagi , hu hu cuti dah tinggal sikit dah . tapi tak pa aku pun bukan selalu ambik pun , waktu-waktu tertentu saja . Dan harap esok aku dapat layan blog puas-puas ....
Wah...Bestnya Abg Cik cuti besok...
ReplyDeleteBiasalah tu Abg Cik...
Dah namanya kerja...
Wilma pun samma...
Kadang2 sampai tak sempat nak makan ^_^
letih tahap maksimum Wilma , semalam kol 11 TKO dah
ReplyDelete