Semoga entri ini memberi manfaat kepada saudara-saudari pembaca sekalian sempena menyambut bulan mulia ni .......sama-sama kita baca ....
Beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. maka tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadan Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat begitu gembira serta tidak sabar menanti ketibaannya.
Mudah-mudahan kita juga bergembira dan teras rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.
Sebelum kita pergi lebih jauh marilah kita melihat apakah yang dikatakan puasa itu?. Puasa merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada tidak makan dan minum disiang hari tatapi hendaklah menepati dan mematuhi segala syarat-syarat dan rukun-rukunnya termasuk perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa.
Puasa adalah suatu ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap muslim yang mukalaf dan tiada keuzuran syari', puasa dapat membentuk peribadi seseorang itu benar-benar bertakwa kepada Allah dan hidup dengan semangat yang tinggi bagi membela manusia terutama yang kurang bernasib baik dalam membentuk musyarakat dengan penuh sifat kasih sayang dan tolong menolong. Puasa juga mampu membentuk musyarakat yang mulia dan diredhai Allah s.w.t.
Puasa juga adalah merupakan satu pendidikan terhadap jiwa dan mampu mengangkat derjat orang yang mengerjakannya dengan kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Allah. Dengan berpuasa manusia dapat mempelajari satu hikmah iaitu bagaimana untuk memperbaiki sikap atau akhlak daripada sifat suka menurut hawa nafsu seperti hidup tertumpu kepada makan, minum dan memenuhkan perutnya sahaja kepada kehidupan yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar
dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa nafsu. Maka, dengan
berpuasa jika ia berjaya dilaksanakan ia mampu memupuk kesabaran dan
memberikan kekuatan untuk melawan segala kehendak hawa nafsu, sekaligus
ia akan mendidik manusia membiasakan diri dengan mengahadapi
nerbagai-bagai kesusahan serta teguh mengahadapi rintangan bagi menuju
kepada kesempurnaan dan kemuliaan dalam kehidupan seharian, itulah
hikmah yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa.
Seorang yang menjalani ibadat puasa, apakah rahsia yang tersembunyi
didalam dirinya yang dapat menghalang ia daripada makan dan minum,
kalaulah tidak kerana keimanannya kepada Allah ?. Apakah benteng yang
menghalangnya daripada melakukan maksiat, kalau tidak ada keimanannya
kepada Allah? Justeru, keimanan seseorang muslim yang mendalam terhadap
Allah itulah yang menjadikan dia patuh kepada segala perintah Allah,
setiap yang disuruh dikerjakannya dan apa yang dilarang
ditinggalkannya.
Begitu juga, seseorang akan segera bertaubat, menyesal dan kembali
kepada Allah sekiranya melakukan sesuatu larangan yang ditegah oleh
Allah. Lantaran itulah keimanan menjadikan kita penuh ikhlas dan suci
hati mengerjakan ibadah puasa yang difardhukan. Puasa juga membersihkan
jiwa daripada terlampau mengejar dunia dan bermati-matian bertungkus
lumus mencari keseronokan hidup.
Dengan ini, perasaan cintakan kebendaan tidak berjaya mencengkam ke atas
perjalanan hidup manusia sehingga terciptalah satu corak kehidupan yang
dipenuhi dengan berbagai kelebihan dan keperibadian yang tinggi,
pelbagai hikmat dan fadhilat dapat diperolehi dari berpuasa, antara
fadhilat-fadhilat yang terdapat dalam ibadat puasa telah ditegaskan oleh
Allah s.w.t. didalam surah al-Ankabut ayat 58
Yang bermaksud : " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh,
kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang
mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang
sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".
Dan Hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :
"الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ
إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانِ مُكَفِّرَاتٌ مَا
بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ."
Maksudnya : " Solat lima waktu yang didirikan satu Jumaat ke Jumaat
yang berikutnya dan satu Ramadan kepada Ramadan yang berikutnya maka
akan menghapuskan dosa-dosa antara keduanya selama mana dijauhi
dosa-dosa besar ". ( H.R. Muslim )
Dalam menjalani ibadah puasa, kita akan dapat merasai hikmah yang indah
dan faedah yang besar seterusnya kita akan bersyukur kepada Allah yang
memfardukan puasa ke atas kaum muslimim. Dengan kita mentaati segala
syarat-syaratnya dan menunaikannya dengan sebaik-baik yang dikehendaki,
akan jadilah kita seorang muslim yang bertakwa kepada Allah sepertimana
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ مَالَمْ يَخْرِقْهَا بِكَذِبٍ اَوْ بِنَمِيْمَةٍ."
Maksudnya : " Puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dengan sebab berbohong atau mengumpat ".
Dan dalam Hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda :
"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ."
Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan
minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada
berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat
".
Di sini jelaslah kepada kita bahawa puasa itu merupakan
satu perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan
perjalanan hidup, melindungi diri dari terjerumus ke dalam golongan
manusia yang tidak memiliki sifat sabar, tolong menolong dan simpati di
antara satu sama lain, puasa juga akan menjadi perisai memberikan
keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah.
Kebanyakan kita
telah mengetahui bahawa mengikut ilmu Psikologi setiap orang yang
dilahirkan ke alam dunia ini mempunyai beberapa kehendak dan naluri.
Justeru, naluri-naluri tersebut perlukan kepada bimbingan dan didikan
supaya ia menjadi subur dan berkembang mengikut kehendak yang ditetapkan
oleh syariat Islam. Dalam perkara seperti ini langkah yang paling
berkesan ialah dengan berpuasa.
Dimana dengan berpuasa mengajar manusia supaya makan sekadar yang patut
sahaja dan menahan nafsu dari segala keinginan yang bertentangan dengan
syariat agama. Selain dari itu seseorang yang berpuasa boleh mencapai
puasa yang istimewa dengan enam syarat. Maka sempena kita akan
menyambut Ramadan beberapa hari lagi, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut :
1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang
dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari
mengingati Allah.
2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang
tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang
haram itu seperti memakan yang haram.
4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah
selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima
oleh Allah atau ditolak.
Oleh yang demikian marilah kita meraikan bulan puasa yang mulia yang
bakal tiba dengan penuh perasaan gembira dan marilah kita gunakan
peluang keemasan yang diberi Allah untuk mengerjakan amal kebajikan dan
menjauhkan segala amalan yang dimurkai Allah.
Hanya orang yang berpuasa sahajalah akan meresap ke dalam jiwanya
sifat-sifat yang luhur dan bersikap sederhana dalam segala tindak tanduk
serta tidak melampaui batas. Orang yang berjaya dididik oleh puasa akan
bertambah rajin dan berperibadi mulia, sehat, berdisiplin, cekap lagi
beramanah, bertakwa kepada Allah suka berjuang untuk agama, musyarakat
dan negara.
Maksudnya : "( Masa yang diwajibkan kamu
berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah
itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka
hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau
musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak
hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan
yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur"
( Surah al-Baqarah ayat : 185 )
No comments:
Post a Comment