KLANG: Angin kencang dan hujan lebat tiga jam bermula jam 2.30 pagi semalam, menyebabkan bumbung rumah dan lebih 15 pokok di bandar ini dan beberapa kawasan di Bandaraya Shah Alam diterbangkan angin dan tumbang.
Beberapa rumah di pinggir Sungai Klang terutama di Bukit Badak, di sini, terjejas teruk apabila ada antara bumbung rumah diterbangkan sejauh 20 meter manakala banjir kilat turut berlaku membabitkan Taman Desa Kemuning di Shah Alam menyebabkan pelajar gagal ke sekolah apabila laluan utama ditenggelami air.
Seorang mangsa di Bukit Badak, Ahmad Shahrin Mad Arus, 43, berkata, bumbung rumahnya diterbangkan angin kira-kira 20 meter dalam kejadian jam 3.15 pagi, semalam.
“Kejadian berlaku ketika kami sekeluarga tidur nyenyak, tetapi apabila terdengar bunyi kuat sebelum menyedari sebahagian bumbung rumah kami diterbangkan angin.
“Sebahagian ruang dapur dimasuki air kerana hujan lebat. Namun, kami bersyukur tidak cedera dalam bencana ini,” katanya.
Ahmad Sahrin berkata, kejadian ribut itu paling teruk pernah dialami keluarganya sejak mendiami kawasan itu lebih 20 tahun lalu.-METRO
Arau Blogger - kuasa Allah semua tu kiamat dah nak dekat ni !!!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....
No comments:
Post a Comment