Pages

23 Apr 2012

TIADA RAYUAN BR1M SELEPAS 30 APRIL

 Keratan Kosmo 18 April 2012

Orang ramai yang ingin mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 30 April ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tempoh tersebut dianggap memadai untuk memberi peluang kepada pemohon membuat rayuan bagi mendapatkan wang bantuan RM500 tersebut.

Katanya, kerajaan sudah memberi masa yang bersesuaian bagi memastikan pemohon mengemukakan rayuan dan mengelak keciciran mereka yang layak mendapatkan bantuan berkenaan.

“Kita sudah bagi tempoh lama untuk membuat rayuan, jadi kita perlu tutup buku. Saya juga pernah memberitahu sebelum ini, pada bulan ini (April) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan itu akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.

“Jadi, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan proses kutipan cukai berkenaan,” katanya.-kosmo

No comments:

Post a Comment