Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Apr 2013

Senaman di waktu hujan


Senaman depan rumah je , walau hari hujan , ada masa terluang , buat senaman sikit , kena mantain , walau sikit , buat je , asalkan berpeluh badan , itu saja caranya nak jaga badan agar kekal sihat dan bertenaga , dulu selalu jogging , kalau hari jujan dah tak boleh jogging , tapi sekarang hujan pun tak kisah , ada set senaman depan rumah tu , ingat nak beli treadmil , tapi mahal sangat , beli je set angkat berat tu , itu pun jadilah dari tak de langsung .......
Baca Lagi

29 Apr 2013

Tersangat mengantuk tapi nak siapkan homework juga


Mata dah mengantuk sangat tapi pulun nak siapkan homework juga .Yang cikgu pun satu , bagi homework banyak sangat , dah lah waktu petang tak leh buat homework , sbb ada budak kecik kacau di Tadika tu , malam pula waktu singkat sangat , waktu mana dia nak habiskan homework .

Dah la nak buat homework sambil tengok kartun , last sekali , saya suruh dia cakap dengan cikgu , tak sempat cikgu , nanti buat homework tu hari cuti lah 1 Mei nanti , cuti Hari Pekerja .
Baca Lagi

Bila artis cakap politik !!


Sehari dua ni heboh pasal sorang artis ni cakap pasal politik di Twitter , katanya penyokong  Bx la , siap sumpah  kena sambar kilat lagi , tu bahaya tu , kalau nak bersumpah tu , sebut nama Allah je lah tak yah le sebut kilat.

Sebagai orang Islam yg dah hidup hampir separuh abad pun , tak baik le cakap gitu , jangan salah guna Twitter , betul kata sesetengah orang , Twitter merosakkan hidupnya ....


Baca Lagi

Kali pertama baca , mangsa serangan buaya terselamat



Ini  kali pertama baca akhbar , mangsa serangan buaya terselamat , dari Metro hari ni .....

“Saya tikam mata buaya itu dengan pisau sebelum menyelamatkan diri,” kata mangsa serangan buaya dikenali sebagai Micheal, 43 di Sungai Bako, semalam.

Menurut Micheal, dalam kejadian jam 11 pagi itu, dia yang berasal dari Kampung Jagoi Gunung, Bau pergi ke Sungai Bako berseorangan untuk memancing.

Katanya, sebaik memasang umpan pada mata kail, dia turun ke tebing sungai untuk membasuh kaki dan secara tiba-tiba kakinya digigit sesuatu sebelum ditarik masuk ke dalam sungai.

“Saya yakin benda yang menggigit saya itu buaya dan ia cuba mengheret saya ke tengah sungai. Saya cuba berpaut pada pokok di tebing sungai dan pada masa sama menyepak kepala reptilia itu beberapa kali.

“Ketika bergelut dengan buaya itu, mujur saya teringat pisau disimpan dalam poket seluar dan menggunakannya sebagai senjata menyerang matanya,” katanya ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Nasib dia baik ....
Baca Lagi

28 Apr 2013

Sakit perut , cirit sudah ..., angkara ABC !!


Semalam pergi la makan malam di kedai depan rumah tu , dekat jalan masuk Uitm , budak Uitm sekarang ni cuti , banyak kedai yang tutup , tapi hari ni dia buka , ok , ceritanya begini , dah banyak kali saya makan di kedai ni , selalunya order , ABC ( Air Batu Campur ) , atau dipanggil 'ais kacang' di negeri sebelah utara ni  , dan nasi putih daging kunyit , hari ni rasa tak sedap hati nak makan ABC , tak tau sebab apa , mungkin sebab kedai tu dah seminggu tutup , jadi mungkin perencah ABC tu ada yang 'expired' walaupun simpan dalam peti sejuk , tapi sebab ketagih ABC punya pasal order juga .

Nak dijadikan cerita , lepas makan tak sakit perut lagi , semalam jam 4.30 pagi , Jannah , anak sulung , gerak saya sebab sakit perut, cirit katanya , jam 7.30 pagi dia gerak sekali lagi , sakit perut dan cirit juga , jam 9.00 pagi saya pula masuk tandas , sakit perut , habis sekeluarga sakit perut , saya suspek penyebabnya adalah ABC , bukan nasi daging kunyit .

Tadi selepas sarapan , kasi Jannah makan teh kelat , masuk gula sikit je , tapi masih kelat , Alhamdulillah , tak cirit dah , dan termasuk saya sekali dah tak sakit perut dah , itulah berhati-hati lain kali , kalau sesuatu kedai tu tutup lama , mesti ada barangan yang  'expired ' , tak leh order dah ABC nanti .....kena order menda lain.

Satu perkara yg saya suka pasal kedai ni adalah murah dan semua ada , termasuk western food , tapi kedai ni kecik saja . Bayangkan harga nasi goreng RM3.50 , Fries RM2.00 , Wedges RM2.00, Bihun/Mee/Koey Teow RM3.00 , Nasi Goreng Ayam RM4.00 , murahnya ....!
Baca Lagi

27 Apr 2013

Makan kenduri sat ....


Makan kenduri pulak di Kg Kok Klang , Perlis ni , bukan Port Klang ye , ada satu lagi kenduri hari ni , tapi tak sempat nak pi , gulai nangka dan sambal ayam , best juga ....
Baca Lagi

Dulu K-Pop, lepas tu Gangnam, la ni Gwiyomi pulak!



Memang tak dinafikan Demam Korea berleluasa di Malaysia , dulu ada drama Winter Sonata , dah demam drama pula , lepas tu demam K-Pop , ramai remaja kita buat K-Pop pula , lepas tu Gangnam Style pula , terbaru Demam Gwiyomi pula dah !

Saya tengok video Gwiyomi ni ada banyak versi  , mana satu original pun tak tau , tapi ada satu video saya respek , gadis Gwiyomi yang bertudung mcm dalam gambar tu, tapi yg ni versi Malaysia , nak tengok video di  bawah ni ....




Baca Lagi

Petua tak nak makan banyak


Saja nak kongsi satu petua , tapi petua ni berguna utk untuk orang keluar makan secara berkumpulan atau bersama keluarga atau makan berhidang di rumah.

Petuanya begini, order makanan sorang satu , makan makanan masing-masing la , ada yang makan tak habis , jangan dok gatal nak perhabis makanan orang lain , itu sebab makan banyak , sayang nak buang punya pasal .

Bagi yang makan di rumah juga sama , jangan dok perhabis sisa makanan atas meja tu , makan setakat mana yang anda ambil saja . Makan apa yang ada dalam pinggan anda saja.

Petua ni dah saya baru praktikkan dan berjaya mengurangkan makan , sbb sebelum ni , saya dok perhabis makanan 2 anak saya , patutlah makan banyak minggu ni , boleh cuba dulu , mana tau berjaya .....
Baca Lagi

26 Apr 2013

Restoran Linda Ikan Bakar Kuala Perlis


Try makan di Restoran Linda Ikan Bakar semalam , lokasi dia sebelah CIMB Bank Kuala Perlis , sedap juga tapi harga pun 'sedap' juga .

Lagi mahal dari Zaina Ikan Bakar , rasanya udang dia kot , saix XXL punya , 10 ekor RM30 , ikan murah pula , tapi tak lah mengecewakan sangat macam di Koma Laut dulu tu ......
Baca Lagi

25 Apr 2013

Pertama kali makan nasi sendiri


Pertama kali suap nasi sendiri memang bocor nasi tu , jatuh ke bawah . Suap dengan sudu pun terbalik . Saja nak ajar dia berdikari , biar terbiasa suap sendiri , makan banyak pula dia .....
Baca Lagi

Masa untuk diet


Masa untuk diet , sbb tengoklah entri-entri saya sebelum ni , banyak cerita  pasal makan saja , sup gear box , sup tulang , macam-macam lagi , dah overweight ni .  Baru nak mula , hari ni tak makan nasi lagi , ingat malam ni pun tak nak makan nasi juga , nak tengok berapa lama boleh tahan . Bilakah masa yang sesuai untuk ber diet ?  Masa yang sesuai adalah bila anda dah mula rasa penat bila berjalan , susah nak bernafas , bila seluar dah ketat , bila baju dah ketat , bila banyak duit anda habis untuk makan , haaa itulah masa terbaik untuk anda berdiet !!!!

Minggu depan nak mula senaman balik , kalau ada masa nak pergi gym , baru semangat sikit , tapi workout dalam rumah itu satu kemestian .
Baca Lagi

24 Apr 2013

Petua hilangkan lemak lepas makan sup tulang


Tadi makan sup tulang tapi , ada rasa lemak di mulut , walaupun , nampak tak ada lemak pun dalam sup tu .

Bukan apa , saja nak kongsi petua nak hilangkan rasa lemak di mulut lepas makan sup , terutama sekali sup yang berlemak seperti sup tulang , iaitu , cara pertama, minum air yang masam , cara kedua , ambil asam jawa terus gigit dan kulum , dan telan terus , insyaAllah lemak akan hilang rasanya dari mulut kita , cuba dulu baru tahu ....
Baca Lagi

Pembangkang nombor satu !


Waktu saya jaga Huda , tak ada masalah , Huda tak nangis pun , senang saja nak pujuk dia , kasi dia main tablet , gerenti diam . Tapi.....

Tapi , bila kakak dia balik saja dari sekolah , habis , riuh-rendah rumah dengan suara mereka , kakak dia pembangkang nombor satu , tak boleh tengok adik dia sentuh barang dia langsung .

Tak kan nak beli tablet sorang satu , walhal nak main kejap je dah jemu .
Baca Lagi

Aktiviti lepas kerja , layan Drama


Hari ni dah mula kerja , setelah 4 hari dok melayan kerenah Huda di rumah , rasa lain pula suasana di tempat kerja , rasa macam baru masuk kerja pula .

Layan Drama Sedetik Cinta , makin best cerita di dah nak sampai penghujung. Hakimi terjatuh dan lumpuh , Hakimi dah mula jatuh cinta dengan isterinya , ye la hari-hari bini jaga dan masak .

Sedetik Cinta slot Akasia TV3 , Isnin - Khamis jam 7 petang , tak pi mana dah , dok melekat kat depan tv tu ....
Baca Lagi

Orang perempuan dan Tupperware


Memang tak dapat dipisahkan , sanggup habis duit utk Tupperware, tak guna tak apa, simpan je ...Simpan buat perhiasan , dah tu Tupperware yang dah bertahun guna , sayang nak buang , dah tu bertimbun Tupperware dalam rumah , tak ada tempat nak letak dah , rumah penuh dengan Tupperware , mmg hantu Tupperware betoi.

Dan...sanggup berhutang , bayar bulan , ini dinamakan ' Kut Tupperware ' ada la sorang taukeh , bayar bulan setahun baru habis , mmg ' respek' lah org pompuan bab berhutang ni , tu tak kira baju kurung yg tiap-tiap bulan tukar , hujung bulan saja confom baju baru baru , dah tu longgok , dah jadi bukit , dan jgn terkejut ada baju yang tak sempat pakai lagi , dah ketat , sbb berat badan naik , tu tak kira barang kemas lagi , sanggup berhutang woo !! Janji bergaya ....kalau tak guna ingat , kena bayar zakat !! Jangan marah wahai kaum Hawa , mmg korang dijadikan untuk jadi macam tu ( nafsu tinggi ) !!
Baca Lagi

Dunia kanak-kanak sukar difahami


Mmg susah nak faham dunia mereka , yg tau nak seronok saja , biar mereka enjoy puas-puas dunia mereka , nanti bila dah besar tak boleh nak patah balik dah , mcm saya dulu rasa macam nak kembali ke zaman sekolah pula....Oh ya ! Gambar lama atas tu , di Klinik Faezah ....
Baca Lagi

23 Apr 2013

Jangan dibangkang !


Langsung tak boleh bangkang sekarang ni , kalau bangkang juga gerenti bising . Dah mula main tablet. Umur baru 2 setengah tahun . Bebudak sekarang ni lahir zaman IT , bertuahnya mereka , zaman mak bapak dulu zaman buta IT , sekarang ni semua benda boleh dibuat online, boleh buat bisnes dari rumah saja .

Tak boleh bagi start menangis ,kalau tidak susah mau berhenti , kekadang tu sampai muntah , kena ikut dia je , kekadang tu bangkang juga . Macam dia minta roti tadi , walhal baru lepas makan nasi , banyak pula tu , takut dia muntah . Bebudak ni tak tau samada dia dah kenyang atau tidak , asyik nak makan je . 
Baca Lagi

Cuti lagi ....


Memang dulu jarang ambik cuti , tapi semenjak duduk berasingan dengan mertua ni , selalu ambik cuti sbb jaga anak , dulu tak pa , mertua ada , boleh tengokkan , tapi malas dah nak ganggu mertua , dia pun dah tua , kasi dia berehat dan beribadat saja , terpaksa simpan cuti semata nak standby  untuk  kes-kes kecemasan macam ni . Tapi kita yang bekerja ni , sebenarnya perlu merancang cuti , bukan mcm saya buat ni , ini special kes .....

So, comfirm cuti hari ni , insyaAllah esok kerja , kembali sibuk , nak update blog pun susah .....
Baca Lagi

22 Apr 2013

Juadah malam ni


Juadah malam ni untuk 4 orang kami anak beranak , daging goreng kunyit dan tomyam seafood , bebudak ni pun dah diajar makan makanan pedas seperti tomyam , saja nak biasakan mereka dgn makan pedas.

Kami kira cepat , mudah dan ringkas , duit ? Belakang kira , tak berkira sangat pasal makan ni.
Baca Lagi

Kena bagi dia selalu dalam mood ceria


Kena bagi dia selalu dalam mood ceria , kalau dia bad mood , semua kerja tak boleh buat , nak update blog pun tak boleh , tadi dia tak makan nasi sangat , tak tau kenapa. Satu lagi , kalau dia selalu nangis , dia akan muntah balik apa yang dia makan . Tu yang tak best tu . Tadi beli satu lollipop satu kasi dia . Ceria satu hari ni .

Tadi ada gulai lebih , cicah dengan roti Gardenia pun sedap , Huda pun join makan sekali , lepas makan , jam 5.30 luup , lena , tak tau dia nak bangun jam berapa , malam ni siap nak berjaga . Esok kerja ? Tak tau lagi , tapi cuti dah lulus , kalau pergi kerja boleh batal balik cuti tu .
Baca Lagi

Me and Huda again


Cuti lagi hari ni dan mungkin juga besok , sebabnya Huda tak dak sapa nak jaga , adik yg jaga dia tak sihat , cuti hari ni , masih lagi tidur , oh ya ! Gambar atas di ambil semalam di The Store , gambar lama ....Sat gi nak pergi beli makanan untuk dia , konfim bangun je nak nasi , habis satu hari ni nak kena main dengan dia ....He he cuti pun dah makin kurang tapi belum di tahap kritikal , ada 30 ++ lagi , kena simpan cuti woo , utk kes-kes kecemasan mcm ni .
Baca Lagi

Try Sup Gear Box di Simpang Megat Dewa


Saja nak try Try Sup Gear Box di Simpang Megat Dewa , dah lama lalu situ , tengok ramai orang makan , mesti ada yg istimewa , memang terangkat sup gear box dia , tak de lemak , harga ? RM 12 , cukup untuk 4 orang makan , boleh datang lagi ni ......
Baca Lagi

Surau di pasaraya sepatutnya....


Surau di pasaraya patutnya selesa sikit , sbb negara kita ni negara Islam , tapi sedih juga , terpaksa berkongsi tirai dengan perempuan , sempit pula tu , tapi syukur ada juga tempat solat ......
Baca Lagi

Saja tak nak bagi Huda tidur petang


Hari ni , pukul 6 petang dah bawa dia jejalan di pasaraya , itu helah saja tak nak bagi dia tertidur , dia bangun jam 12 tgh hari , jam 5 ptg tu dia dah ngantuk , saja bawa dia jalan tak nak bagi dia tidur .

Esok keja pagi , kalau dia tertidur petang , malam ni komfim , 3 pagi belum tentu tidur , esok pi kerja bengong , mlm ni jam 12 dia tertidur , lega !
Baca Lagi

Lauk tunjuk-tunjuk


Lauk tunjuk-tunjuk saja hari ni , sebelum ni setiap hari Ahad mesti makan nasi kuning lauk ayam di Kg Repoh tu , jemu dah , hari ni masak nasi je kat rumah , tapi lauk beli yg dah siap masak , malas nak masak .

Tadi gi beli keli goreng , kerisi goreng ,kembong goreng , ayam kicap dan nangka masak lemak , cuma RM 12 , untuk 4 orang makan , berbaloi !
Baca Lagi

21 Apr 2013

Semakan Tempat Mengundi PRU13


Bagi anda yang tercari-cari tempat mengundi anda , anda boleh semak tempat mengundi anda di sini , http://daftarj.spr.gov.my/   . Semak tempat mengundi anda sebelum pergi mengundi , manalah tau ada perubahan , ingat undi anda adalah rahsia , lantaklah anda nak undi siapa pun , pilihan di tangan anda .
Baca Lagi

Kad Bank Rakyat , awat jadi gini ?


Kad Kredit Bank Rakyat , Master Card , mmg dia charge Government Tax RM50 setahun , bil dah sampai ,itu saya tau, kena bayar sebelum 17 April , hari ni dah 20 April , dia boleh call suruh saya bayar juga-juga sebelum Isnin .

Kad Kredit mana ada orang bayar habis , mesti ada hutang punya , dulu pun jadi juga sekali , saya terhutang RM12 , dia kelam kabut telefon suruh bayar juga-juga , kad kredit bank lain tak mcm ni pun , boleh bayar minimum saja , teruk !
Baca Lagi

Jumpa doktor juga hari ni


Dah hampir seminggu demam selsema , tapi tak ada masa nak jumpa doktor , hari ni jumpa Dr Othman , dia kata ada virus , demam selsema mesti makan ubat dan antibiotik , kalau tidak , virus tak akan hilang , dia bagi 4 jenis ubat , iaitu antibiotik , selsema , vitamin dan angin .

Saya lega dengan doktor ni saja , bayaran cuma RM20 , murah ja .
Baca Lagi

20 Apr 2013

Panduan nak servis kereta


Dah lama plan nak servis kereta , major servis , tapi hari ni baru ada masa, ok , panduan nak servis kereta , memula sekali , list dulu apa yang nak ditukar , jangan pergi kedai nanti baru nak ingat itu dan ini , pastikan pergi kedai yang selalu pergi , takut kena tipu nanti .

Major servis 120 ribu km , tukar spark plug , air filter, radiator coolant , dan minyak enjin , minyak gear dan servis brek .

Pilih minyak enjin yang sesuai dengan kereta , saya pilih Castrol GTX , macam dalam gambar tu , masih setia dengan Castrol . Terpulang pada anda .....
Baca Lagi

19 Apr 2013

Hampir 2 tahun tak tukar


Inilah gambar 'air filter' kereta , dah 2 tahun tak penah tukar ,asyik cuci saja , bukan mahal pun RM 12 saja , tadi tukar juga .
Baca Lagi

18 Apr 2013

Sedetik Cinta 18 April


Drama Sedetik Cinta slot Akasia di TV3 hari ni , mengisahkan Hakimi ( lakonan  Awal Ashaari ) dah mula berubah , dia mula memberi perhatian kepada isterinya Emilya ( lakonan Hanez Suraya )  , kerana segala tindak tanduknya untuk menyakiti hati Emilya tidak berjaya , walhal dia buat selamba saja , cuma banyak memohon dan berdoa kepada Allah .

Memang hati Emilya sakit bila Hakimi bawa perempuan ke rumah . Lebih lagi , perempuan itu adalah bekas kekasih Hakimi dulu , tapi Emilya cuma bertahan sebaik mungkin . Pada akhir episod hari ini , hati Hakimi nampak dah semakin lembut dan cair bila dia mula tahu yang Emilya dah mula menyinyainya..

Baca Lagi

Exabytes masih setia


Ini kali ke berapa tah , dapat cek dari Exabytes , walaupun prestasi blog personal ini agak menurun semenjak ini , tapi mereka masih setia , kena selalu contact bagitau bila kontrak nak tamat , supaya mereka cepat prepare cek baru .

Blogging ni memang ada pasang surut , tenggelam timbul , kekadang tak de mood , tapi kena update , kalau tidak tak mesra Google , sbb Google selalu crawl blog ni , satu lagi supaya pembaca tak cepat boring , asyik baca benda yg sama ja , betul tak ?
Baca Lagi

Sungguh pantas hari ni


Bayangkan lah , bangun jam 7.50 pagi , sampai pejabat 8.24 , walhal jarak rumah dan pejabat adalah 15 km , impossible ? Nothing impossible dengan izin Allah .
Baca Lagi

17 Apr 2013

Aktiviti malam


Balik sekolah je , terus kena buat kerja sekolah sebab , sat lagi nak tidur dah , tu yang kelam kabut sikit tu , semua kena pantas .

Huda balik malam nanti bersama ibu dia , dalam pukul 12 nanti ....
Baca Lagi

Demam sudah budak ni


Tiga hari lepas , saya yang demam , tak makan ubat pun , selimut saja , bagi berpeluh , saja tak nak makan ubat.

Pagi tadi , Huda pulak demam , badan dia suam-suam , malam ni akan demam lagi agaknya , biasanya macam tu lah . Memang musim demam .
Baca Lagi

16 Apr 2013

Alyah bertudung setelah mendapat hidayah di Mekah


Seorang lagi artis wanita bertudung , Alhamdulillah , kali ni Alyah pula , menurut Mstar hari ni ....



Kunjungan penyanyi Alyah ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 27 Mac hingga 11 April lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, hasrat memakai tudung telah lama dipendamkan namun selepas satu kejadian berlaku ketika menunaikan umrah, dia mula terdetik untuk terus bertudung.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.
"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya.

“Tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku sebelum ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Alyah, memandangkan para peminat sebelum ini mengenalinya menerusi fesyen-fesyen yang digayakan, dia juga tetap akan tampil dengan gaya menarik walaupun bertudung litup.

"Saya sukakan fesyen dan saya masih lagi Alyah yang dulu. Cuma penampilan sahaja yang berubah.

"Sekarang ini saya kembali membuat pelbagai kajian dan memikirkan fesyen-fesyen bertudung yang sesuai untuk saya," tuturnya.

Ditanya apakah komen kekasihnya Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berhubung perubahannya itu, kata Alyah, konduktor muzik terkenal itu memberi sokongan sepenuhnya dengan penampilan baru itu.

"Alhamdulillah dia cakap 'baguslah, ia baik untuk awak’," selorohnya.

Tambah Alyah, hubungannya dengan Ramli masih lagi dalam proses perkenalan dan mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Baca Lagi

15 Apr 2013

Hadiah dari Nazlizan Craft


Hadiah dari Nazlizan Craft key chain , kerana sertai pertandingan tu , dia pos mai rumah , tq
Baca Lagi

Ezad Exists kahwin dengan kenalan lama rupanya .


Ezad dari kumpulan Exists , atau dikenali sebagai Ezad Lazim , dah kahwin dengan gadis yang berlakon sama dalam filem Mami Jarum .

Dulu putus tunang sekali , kali ni jadi juga kahwin , tu la kadang2 kalau dah tertulis , dia bukan jodoh kita , ada sebabnya ......
Baca Lagi

14 Apr 2013

Dotor Pondan kena tangkap



Bukan doktor untuk mengubat orang jadi pondan , tapi doktor tu sendiri pondan , menurut Kosmo hari ni ,

Di Melaka, selepas dipercayai memperdayakan ribuan pesakit, seorang doktor berwajah ayu, memakai tudung dan gemar mengenakan baju kurung akhirnya disedari bukan sahaja sebenarnya seorang lelaki tetapi juga tidak memiliki kelayakan perubatan.

Lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Sabah itu pernah mengikuti kursus kejururawatan tetapi tidak menamatkan pengajian.

Dia dikatakan berjaya menjadi doktor sambilan sejak awal tahun lalu di beberapa klinik di Perak, Pahang dan Melaka dengan hanya menunjukkan sijil Perakuan Amalan Tahunan daripada Majlis Perubatan Malaysia yang kemudian disahkan palsu.

Tembelang lelaki yang dikenali sebagai Doktor Ika itu akhirnya terbongkar apabila pemilik sebuah klinik di Batu Berendam, Melaka mendapati sijil itu palsu.

Siasatan juga dibuat setelah seorang pesakit wanita mengadu kepada majikan terbabit selepas berasa sangsi dengan perbuatan Doktor Ika suka menelefon suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, suspek ditahan di klinik itu ketika menunggu pesakit pada Khamis lalu.
Baca Lagi

13 Apr 2013

Tahniah Chong Wei dengan kehadiran Kingston Lee


Tahniah Chong Wei dengan kehadiran Kingston Lee , selamat menjadi bapa , menurut Kosmo hari ini .....

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengharapkan kehadiran bayi lelaki sulungnya mampu memberi semangat baharu kepada beliau untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam setiap kejohanan yang bakal disertainya sepanjang tahun ini.

Isteri beliau yang merupakan bekas pemain perseorangan wanita kebangsaan, Datin Wong Mew Choo selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg yang diberi nama Kingston Lee di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Saya lega sebab isteri saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki walaupun terpaksa menjalani proses pembedahan. Saya harap kehadiran anak sulung ini memberikan semangat yang tinggi untuk menghadapi baki kejohanan badminton tahun ini,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Pemain perseorangan No. 1 dunia itu berkata, pemilihan nama Inggeris ‘Kingston’ untuk anak lelakinya diputuskan oleh Mew Choo sendiri dan beliau menghormati keputusan itu.

“Untuk nama Cina, kami masih belum menetapkan nama yang sesuai dan berharap dapat menamakannya dalam masa terdekat ini,” katanya.
Baca Lagi

11 Apr 2013

Sedetik Cinta Episod 6



Hakimi dan Emilya sudah berpindah ke rumah baru , tapi mereka tidak seperti suami dan isteri , tidur di bilik berasingan , tetapi sikap Hakimi berubah sedikit , dia sudah mula bercakap dengan Emilya , walaupun kekadang Emilya tak faham perangai Hakimi , pernah satu hari Emilya masak , dan itu bukan masakan kegemaran Hakimi , Hakimi tak makan .

Sementara itu Fuad masih menaruh harapan agar Hakimi ceraikan Emilya , manakala Iskandar dah mula rapat dengan bos dia ,Tini  ( bekas kekasih Hakimi ) , dan mereka kerap keluar bersama , manakala Hakimi dah tak layan panggilan telefon Tini .

Kedua ibu bapa mereka dah mula risau , kerana panggilan tidak diangkat , Hakimi tidak suka kisah rumahtangga mereka sampai ke pengetahuan ibu bapa dan mertuanya , saksikan Sedetik Cinta minggu depan Isnin-Khamis , 7.00 malam , lakonan hebat Awal Ashaari dan Hanez Suraya.
Baca Lagi

10 Apr 2013

Petua turunkan kolesterol , Horlicks Oat Fibre .


Cuba dulu mana tau berjaya . Baru mula hari ni , setahun lepas dah cuba Quaker Oat Cereal , tak nampak kesannya lagi , harap yang ni akan menampakkan kesan , lagipun Horlick tu sedap juga , cuma kena tambah gula secukup rasa , kalau nak manis .

Harga dia mahal sikit , maklumlah Horlick , tak 3 in 1 pun dah mahal , mahal dari Milo  tu , cuba dulu  , dah jemu makan Quaker Oat tu
Baca Lagi

Sedetik Cinta Episid 5



Nampaknya Hakimi sentiasa mencari jalan supaya keluarga Elisya marah kepadanya , terbaru dia tuduh isterinya Emilya , berjumpa dengan Fuad , bekas kekasihnya . Hakimi tak tidur langsung rumah mertuanya , kekadang saja tidur . Nampak sangat Hakim nak balas dendam kepada keluarga mertuanya . Ayah mertuanya berjanji , kalau dia tidak ceraikan Emilya , 30 % harta bapa mertuanya akan menjadi miliknya , Hakimi akan buat supaya Emilya minta cerai darinya .

Tapi Emilya ni seorang yang baik dan lurus bendul , dia biarkan saja Hakimi buat apa-apa kepada dia . Emilya pun rajin solat , dia tersepit antara permintaan suami untuk berpindah rumah , atau menghadiri final exam di kolejnya. Rakan sekelas Emilya tidak tahu yang dia dah berkahwin , yang tahu hanya Fuad , bekas kekasihnya .

Tini , yang tergila-gila Hakimi satu masa dulu memilih untuk mendekati Iskandar ( Fizz Fairuz ) yang juga abang kepada Fuad , mula-mula dia minta Iskandar nasihatkan  adiknya supaya lupakan Emilya , tapi lama kelamaan dia dah jatuh cinta kepada Iskandar . Saksikan episod seterusnya dalam Sedetik Cinta , setiap Isnin-Khamais , 7.00 malam .

Baca Lagi

Sedetik Cinta episod 4



Nampaknya Emilya pernah ada perasaan dengan Hakimi  sewaktu belajar dulu , Hakimi pun pernah cuba mendekati Emilya untuk mengurat Elisya dulu tapi mendapat halangan dari Elisya . Apakah perjanjian antara Hakimi dengan ayah Emilya ? Mungkin perjanjian Harta , kalau Hakimi tak ceraikan Emilya , dia mungkin dapat habuan harta . Dalam kes ini , Emilya mungkin salah juga sebab tak layan Hakimi seperti suami , tapi dalam episod ini Emilya dah mula bercakap dengan Hakimi , apa kesudahan cerita ini ? Saksikan setiap petang Isnin - Khamis jam 7.00 malam .
Baca Lagi

9 Apr 2013

Cuaca tersangat panas di Utara



Panas sangat cuaca sejak akhir-akhir ni di negeri sebelah utara ni , iaitu Kedah , Perlis dan Penang . Siang panas dan malam lagi panas ,siang panas terik , malam panas berkuap , maklumlah rumah baru , kalau rumah papan tu boleh tahan juga , langsung tak ada angin bertiup, pasang aor cond juga , bil elektrik ? Faham-faham sendiri , mau seratus lebih  sebulan . Kalau buka kipas dalam rumah , bertambah panas pula , maklumlah udara panas je yang berlegar dalam rumah . Reda je lah dengan apa yang berlaku ....
Baca Lagi