Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

28 Feb 2013

Tergoda dengan 'kolesterol '


Tengok ayam goreng ni , tergoda juga malam ni , walaupun ia 'kaya' dengan kolesterol , family semua order ayam , tak kan aku nak tengok saja , join sekali , malam ni saja , bukan selalu . Hujung minggu ni senaman balik , tapi kolesterol tetap ada dalam darah .

Lepas ni kena makan Oat banyak, kismis pun banyak . Kasi buang kolesterol tu , yang penting konsisten senaman , walau makan makanan yang tak sepatutnya makan , pun , senaman kena konsisten . 


Baca Lagi

Bila memandu atas batas 'ban'


Pergi makan kenduri di Guar Chempedak , lepas tu pi ziarah mak cik sakit gi Kobah , Pendang , so , dari Guar nak ke Kobah ikut jalan batas ban , seriau juga , takut kereta terbabas , masuk taliair , tapi syukur , tak ada apa2 yang berlaku .

----------
Sent from my Nokia phone
Baca Lagi

Adakah jogging cara ini berkesan ?


Jogging cara begini berkesan ? Bawa anak masuk gym , sambil workout ,sambil tengok anak , tak leh nak focus la , kejap nak kena kalih tengok dia.

Dia bukan tau nak dok sengap , lari sana, lari sini , apa nak buat , kena bawa juga kalau nak pergi gym .
Baca Lagi

27 Feb 2013

' Syafiq Superman ' !!



Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan ‘budak Superman’ berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit.

Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan.

“Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk,” katanya. Petikan dari Metro.
Baca Lagi

GIVEAWAY : Gempak Bersama Nazlyizan


Giveway Gempak bersama Nazlyizan , siapa nak join klik sini GIVEAWAY : Gempak Bersama Nazlyizan   ada peluan dapat hadiah dari Nazlyizan Craft  ..Harap kalian semua dapat memeriahkan GW ini . Dan saya nak tag 3 orang di sini  Alcatraz , Hebat Sungguh , OKje  , ok cukup dah 3 orang .

Hadiah yang menanti pemenang :-

    3 pemenang utama - keychain hp love + sepasang brooch + keychain dari cameron
    4 pemenang sampingan - sepasang brooch + keychain dari cameron
    13 pemenang saguhati - belian 3 - 5 barang di Nazlyizan Craft [ free postage ] + keychain dari cameron
    4 pemenang top referrer - belian 3 - 5 barang di Nazlyizan Craft [ free postage ] + Hadiah misteri

** free postage adalah sah untuk sekali belian sahaja.
Baca Lagi

26 Feb 2013

MEGA GIVEAWAY by DJH


Jom join Mega Giveway by Diari Jejaka Hangat atau DJH ,nak join boleh klik gambar atau klik sini MEGA GIVEAWAY by DJH .

Syarat-syarat/cara2 penyertaan :-


  • Buat satu entry utk lebih senang bertajuk "MEGA GIVEAWAY by DJH ".*Wajib
  • Letak Banner ke dalam entry anda *Wajib
  • Follow blog angah >sini <
  • Tekan GOOGLE + widget kat tepi tuh --------->
  • tag 2 orang rakan lain dan pastikan mereka tahu.* tak wajib
  • Tinggalkan link entri korang dibahagian komen sahaja.Pastikan link entri!
  • Follow blog sponsor2*wajib
Baca Lagi

Gambar ngeri kemalangan bas ekspress di Hulu Selangor


Kemalangan ngeri terbaru di Hulu Selangor mengorbankan tiga penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan km 420 dekat susur Bukit Tagar  kelmarin . Ini adalah kemalangan bas kedua tahun 2013 ni .  Besi pembahagi jalan tertusuk masuk ke dalam bas dan , pemandu cedera parah dari kaki ke pinggang . Kemalangan berlaku jam 3.10 pagi .Boleh tengok  gambar kemalangan ngeri  bas itu di bawah ini . Tengok juga entri pasal Bas potong lori tak kesampaian  Difahamkan , pemandu tu mengantuk dan dia mengambil selekoh dengan laju , sebab tu lah hilang kawalan .
gambar kemalangan ngeri

Baca Lagi

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli



Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

P/S : kena banyak join segman ni , backlink pun banyak 
Baca Lagi

Tips SEO : Cara menulis artikel mesra enjin carian



Lebih kurang 80 peratus trafik yang datang dari search engine bergantung kepada tajuk entri anda . Tidak dinafikan tajuk entri memainkan peranan yang amat penting dalam blog anda . Isi kandungan dah tentu adalah segalanya untuk SEO tapi , tajuk entri juga sangat-sangat penting . Dalam sesuatu keyword yang kita guna , search enjin perlukan sesuatu sebab untuk meninggikan ranking blog anda , dah tentu tajuk entri anda .  Jadi , jom kita tengok tip di bawah .

Apa itu artikel yang mesra enjin carian ? 

Artikel yang mesra enjin carian adalah , artikel yang selalu dapat page pertama dalam enjin carian
Google , blogger kena fahami apa yang enjin carian suka dan tak suka . 3 perkara utama yang perlu diberi perhatian semasa menulis artikel , iaitu :

  1. Menggunakan google Keyword Tool untuk analisa keyword
  2. Panjang tajuk entri tak lebih dari 66 character
  3. Tajuk entri yang gempak dan menarik


1.Menggunakan google Keyword Tool untuk analisa keyword

Anda ada akaun gmail kan ? Gunakan akaun itu untuk buka akaun Google Keyword Tool , dengan Google Keyword Tool anda cuba cari keyword yang paling banyak dicari dalam internet , dengan kata lain , keyword popular , saya ambil contoh America , US , dan United States , dalam ketiga-tiga keyword ni yang mana paling banyak sekali carian dalam internet , tengok gambar bawah .....


Tengok tu , sebanyak 83 juta carian dalam internet bagi keyword US . jadi kalau anda nak tulis ertikel  pasal US , gunakan keyword US, bukan America dan bukan United States, dah jelas sekarang ...Jadi bila anda hendak menulis entri , selalulah gunakan  Google Keyword Tool untuk buat analisa keyword popular , ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan kesannya anda akan mendapat banyak trafik dari Google.

2.Panjang tajuk entri tak lebih dari 66 character

Tengok bawah ni , tajuk entri melebihi 66 character , jadi Google dah potong dan , keyword yang kita nak promote tu dah terpotong , kurang lah ranking kita dalam search enjin bagi keyword tu


Tengok gambar bawah ni , tejuk entri pendek saja dan ada keyword tertentu yang nak di promosikan .Ini baru tajuk entri yang baik.


Tengok bawah ni pula tajuk entri  ada keyword popular seperti ' how '  dan 'search engine ' dan kurang dari 66 character , mudah dapat ranking dalam carian Google.


3.Tajuk entri yang gempak  dan menarik

Anda mesti tunjukkan kepada enjin carian bahawa  entri anda mesti berada pada ranking yang tinggi dalam carian google. Anda kena guna keyword popular seperti ' Terkini ' , ' Berita Panas ' ' Serius ' ' Gempar '  , 'Pelik'   dan contoh ayat yang saya pernah dapat first page Google macam gambar bawah ...anda taip saja dalam google ' jogging cara betul '  selalu  entri pasal jogging dalam blog ini dapat first page Google , kenapa ?  Tajuk entri saya adalah ' Jogging adalah cara terbaik nak kuruskan berat badan ? Buktinya mana ? ' . Keyword yang saya target adalah ' jogging '  dan  ' kuruskan badan ' dan saya buatkan  question mark situ ???? , jadi tajuk itu nampak gempak kan ?


Kesimpulan 

Perkara-perkara di bawah ni adalah perkara yang wajib anda ambil berat semasa menulis artikel jika anda hendak menjadi blogger yang berilmu :
  1. Selalu buat analisa keyword dengan menggunakan google keyword tool 
  2. Eja keyword dengan betul , dan selalu jaga grammar atau tatabahasa , jangan sampai tersilap ejaan
  3. Tulis tajuk yang pendek dengan satu atau dua keyword yang relevan dan popular
  4. Selalu buat tajuk entri kurang dari 66 character
  5. Buat lah tajuk yang gempak dan menarik perhatian pembaca 
  6. Cuba akhiri entri anda dengan penutup , atau persoalan , yang akan membuatkan pembaca tertunggu-tunggu entri seterusnya dari anda.
P/s : perasan tak dalam entri saya ni ada banyak keyword tajuk entri  yang saya bold kan ?, itu target keyword saya  dalam entri ni ...

Nak tengok lagi tips pasal SEO yang saya update ? Selalu lah buka blog ini , sekian .
Baca Lagi

25 Feb 2013

Tips SEO blogspot | Tajuk entri depan tajuk blog dalam Blogspot



Macamana nak buat buat tajuk entri depan tajuk blog untuk blogspot dalam enjin carian Google ? Perasan tak setiap kali kita search dalam Google , anda akan tengok dalam kebanyakan blog , tajuk blog akan muncul dahulu , lepas tu barulah tajuk entri . Ini penting untuk SEO blog anda dengan enjin carian . Google hanya akan paparkan 66 karakter yang pertama saja dalam enjin carian . jadi  jika  tajuk blog muncul dahulu dan disusuli oleh tajuk entri , maka susah lah blog anda untuk mendapat tempat dalam enjin carian google. Betul tak ? Sebelum di ubahsuai....

Selepas diubahsuai


Macamana nak buat tajuk entri depan tajuk blog ?

Ikuti langkah-langkah berikut :

1.Go To Blogger > Design > Edit HTML
2.Backup  template anda
3.Search

<title><data:blog.pageTitle/></title>

4.Gantikan dengan kod di bawah ini,


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> 
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title> 
<b:else/> 
<title><data:blog.pageTitle/></title> 
</b:if>


5. Save dan anda selesai

Cuba cari blog anda dalam Google , mesti tajuk entri anda ada di depan macam gambar bawah , selamat mencuba. Semoga blog anda akan lebih mesra dengan search enjin. Sekian .



</b:if>

Baca Lagi

Wings di Istana Budaya 26 April hingga 30 April 2012


Tahniah Wings , korang semua otai rock belaka.....menurut Kosmo hari ni ....



PADA hakikatnya, diberi peluang mengadakan sebuah konsert di tempat berprestij seperti Istana Budaya adalah sesuatu yang dapat dibanggakan. Ini kerana ia boleh dianggap sebagai pencapaian tertinggi seseorang artis atau selebriti itu apabila dapat menghiburkan penonton di situ.

Wings tidak terkecuali. Setelah berkecimpung dalam industri muzik selama 27 tahun lamanya, pencapaian kumpulan rock legenda Malaysia itu cukup mengagumkan. Ini kerana, bukan sekali, tetapi dua kali Wings berjaya mendapat kepercayaan pihak Istana Budaya untuk mengadakan konsert.

“Dengan bangga saya mengatakan, Wings merupakan kumpulan rock pertama yang berjaya membuat persembahan di atas pentas Istana Budaya. Sejujurnya, kutipan tiket bagi konsert Wings dua tahun lalu adalah antara yang tertinggi bagi program yang dibuat di sini.

“Melihat kepada kejayaan yang dicapai, sekali lagi kami bakal mempersembahkan konsert Wings yang diberi judul Wings Rockestra pada bulan April kelak,” ujar Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani pada sidang akhbar di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejayaan konsert Wings yang diberi judul sebagai Opera Hidup pada tahun 2011 benar-benar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat mereka di seluruh Malaysia.

Jika Opera Hidup menampilkan Superfriends dan bekas anggota Wings yang turut mewarnai persembahan, kali ini mereka tampil bersendirian.

“Konsert kali ini memang kami akan tampilkan kejutan buat peminat yang hadir. Jika dahulu kami bawakan beberapa orang di atas pentas untuk bersama kami, kali ini agak istimewa.

“Hanya kumpulan Wings sahaja yang akan beraksi di atas pentas dan saya seorang sahaja yang akan menyampaikan lagu-lagu daripada Wings,” tutur vokalis Wings, Awie yang turut hadir bersama anggota lain iaitu Joe, Eddie serta Black.

Pada konsert Wings yang kali ini diberi judul sebagai Rockestra, vokalisnya, Awie bakal menyampaikan 20 buah lagu dalam konsert yang berdurasi selama 2 jam 30 minit ini.

Sama seperti lokasi dua tahun lepas iaitu di Panggung Sari, Istana Budaya, Wings juga sekali lagi akan bekerjasama dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer.

“Kali ini, kami akan menyampaikan sebuah lagu dari album baharu dan selebihnya merupakan lagu popular kami yang jarang dibawakan ketika konsert.

“Setakat ini, latihan telah pun dijalankan dan kami akan menggunakan konsep yang segar dan peminat pastinya akan terhibur dengan persembahan kami kelak,” kata pula Joe yang menggalas tanggungjawab bersama sebagai Pengarah Muzik bagi konsert tersebut.

Konsert ini bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya selama empat hari berturut-turut bermula dari tarikh 26 April hingga 30 April 2012 bermula pukul 8.45 malam.

Sesiapa yang berminat, tiket Wings Rockestra boleh dibeli secara online menerusi http://www.ticket2u.com bermula dari harga serendah RM69 hingga RM499.
Baca Lagi

Terkini Amah Indon Dera Budak di Kelantan


Baru je minggu lepas aku buat entri pasal Amah lambung bayi direman . Hari ni ada lagi dalam suratkhabat , kes lain pula, Amah Indon Dera Budak di Kelantan . Pening kepala dengan amah Indon ni .....menurut Kosmo hari ni ....



KOTA BHARU – Seorang lagi amah warga Indonesia ditangkap polis kerana disyaki mendera anak majikannya yang berusia satu tahun tiga bulan dengan mencubit dan meliukkan tubuh budak itu ke belakang sebanyak dua kali di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini, malam kelmarin.

Perkara itu terbongkar akibat tindakan ibu bapa kanak-kanak perempuan itu yang meletakkan kamera video digital tersembunyi di bilik amah berusia 41 tahun itu setelah mengesyaki sesuatu berlaku pada anaknya yang sering dilihat lebam-lebam di badan sejak lima bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, wanita terbabit yang mula diambil bekerja melalui ejen yang sah sejak 2009 dan kontraknya disambung memandangkan sikapnya yang rajin melakukan kerja-kerja rumah.

“Majikannya hanya menyedari anaknya itu didera oleh pembantu rumah berkenaan selepas melihat kesan-kesan lebam pada badan anaknya, lalu bertanyakan hal itu kepada wanita terbabit, namun dia memberi alasan kanak-kanak itu terkena bucu meja ketika bermain.

“Curiga dengan pengakuan wanita itu, majikannya memasang kamera video digital yang diletakkan dalam bilik amah terbabit selepas melihat aksi rakaman bayi yang berusia empat bulan di Kuantan didera amah yang turut dipaparkan dalam televisyen,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Azham berkata, tindakan pasangan suami isteri berusia 29 dan 26 tahun itu, berjaya merakam aksi wanita terbabit yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan yang turut ditinggalkan bersama abangnya yang berusia dua tahun setengah apabila majikan terbabit keluar rumah kira-kira pukul 9.15 malam kelmarin untuk ke klinik berdekatan.

“Selepas pulang dari klinik kira-kira pukul 10.30 malam, pasangan itu masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan kedua-dua anak mereka dan pada masa yang sama mengambil kamera video yang disorokkan dalam bilik amah terbabit.

“Pasangan terbabit terkejut melihat rakaman itu dengan aksi wanita terbabit yang meliukkan badan kanak-kanak itu ke belakang sebanyak dua kali.

“Dia kemudian meletakkan kanak-kanak itu dengan kasar ke atas kereta mainan. Disebabkan budak itu tidak berhenti merengek, dia pun meletakkannya ke atas tilam dengan kasar dan mencubit di bahagian paha.

“Abang kanak-kanak itu tidak diapa-apakan,” katanya.

Azham berkata, pasangan berkenaan membuat laporan di balai polis berhubung kejadian itu pada pukul 12.30 tengah malam dan 15 minit kemudian amah tersebut ditangkap polis.

“Amah tersebut ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) dan disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Baca Lagi

24 Feb 2013

Petua turunkan paras kolestrol dan gula



Salam perkenalan , nak cerita sikit pasal petua nak turunkan paras kolestrol dan gula . Mula sekali saya nak kongsi dan kupas petua nak turunkan paras kolestrol yang saya telah cuba dan terbukti berkesan terhadap aku .

Petua itu adalah , pertama sekali makan buah kismis . Macam tak percaya juga macamana buah kismis boleh turunkan paras kolestrol  kan?. Aku dapat petua ni pun dari seorang jururawat yang aku jumpa di klinik . Korang boleh try mana tau berkesan.

Petua seterusnya , jangan makan makanan berminyak  seperti ayam goreng, pisang goreng , ikan goreng , sebaiknya makan makanan yang direbus atau di kukus . Elakkan makan organ dalaman haiwan seperti hari , pedal , paru , perut dan usus lembu , elakkan makanan sup yang ada lemak , bahaya tu .

Seterusnya , banyakkan makan makanan yang berserat seperti Quaker Oat , dan kacang , aku tak pasti kacang apa , tapi ada sejenis kacang yang boleh turunkan kolestrol . Apa serat tu buat ? Serat tu akan mengikat kolestrol dalam usus dan mengeluarkan ikut najis , mudah kan ?

Petua lagi , banyakkan makan ikan Salmon , kerana minyak lemak ikan yang mengandungi omega-3 itu dapat membantu mengurangkan kolestrol . Kurangkan minuman bergas kerana kandungan gulanya terlalu banyak dan gas itu amat tajam takut nanti merosakkan perut . Minuman bergas ni , kalau dicurah ke atas rumput pun , rumput itu boleh mati , tak percaya cuba try .

Kurangkan makan susu lemak berkrim , minyak kelapa dam minyak kelapa sawit . Habis tu itu tak boleh , ini tak boleh nak makan apa ? Ok , sebagai ganti , tak payah lah dok makan teh tarik  dan minuman yang ada susu , order je sirap ka sirap limau ka , yang penting tak ada susu dan kurangkan gula . Makan lah minyak zaitun , sebab minyak zaitun ini membantu kesihatan jantung.

Petua seterusnya , untuk turunkan paras gula senang saja , banyakkan bersenam , bila berpeluh , gula akan keluar ikut peluh . Bila bersenam , lemak dalam badan pun akan terbakar dan berat badan kita akan menurun . Bila berat badan menurun kita akan bertambah sihat.

Seterusnya , jaga berat badan anda , kerana dalam kajian yang aku sendiri tak tau dari mana , berat badan berlebihan akan cenderung menambahkan kolestrol dalam badan , perut yang buncit akan menambahkan risiko sakit jantung . Ok, itu kajian saja , korang nak percaya atau tidak terpulang .

Petua lagi , atasi stress , ini pun penting , kalau hari-hari stress tak guna juga ya , risiko nak hadapi strok dan serangan jantung pun tinggi kalau selalu stress . Stress dan tension tu kira 2 beradik la , sama ja , selalu tension di tempat kerja , bawa balik rumah , anak bini jadi mangsa , sedangkan dia tension di tempat kerja , patutnya tinggalkan tension tu di tempat kerja .

Petua terakhir ni  ,ambillah Alfalfa dari Shaklee , ni dah kira promote barang ni , tak percaya tanya agen Shaklee , dapatkan penerangan terperinci . Dalam beberapa kajian tertentu , alfalfa ini terbukti menurunkan paras kolestrol dalam darah .Serat dan kimia dalam alfalfa melekat kepada kolestrol , dan menariknya ke usus dan kolestrol tidak melekat pada dinding darah .

Itu saja petua-petua yang saya nak share dengan anda semoga anda berjaya dalam menurunkan paras kolestrol dan gula dalam badan anda , sekian ....tengok entri aku ni lagi yang berkaitan dengan kolestrol...

http://www.araublogger.com/2012/06/tinggi-kolestrol-dan-gula-ni-cara-nak.html
http://www.araublogger.com/2012/10/kolestrol-dalam-udang-sebenarnya-tak.html
http://www.araublogger.com/2012/06/makan-kat-kfc-lagi-malam-ni.html
Baca Lagi

23 Feb 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com




Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Baca Lagi

Jogging setempat pun boleh keluar peluh


jogging setempat

Jogging dalam rumah pun boleh keluar peluh , bagaimana caranya ?

Bagaimana caranya nak jogging setempat ?

Jogging setempat lah  , tutup semua kipas , ambik masa 30 minit je , alah 10 minit pun peluh bercerau , mesti peluh punya . Sambil tengok tv pun boleh jogging , tak memerlukan sebarang peralatan , gunakan badan kita sebagai pemberat , kejap lagi saya terangkan .

Tak kan jogging setempat saja , senaman lain tak buat ke ?

Kalau korang tengok youtube , taipkan keyword ' insanity ' ada berbagai cara jogging setempat dalam rumah , dikelolakan oleh Shawn T , ramai dah beli video Shawn T ni , tapi  bagi aku tak payah beli pun tak mengapa , tengok saja youtube orang yang dah beli video tu , tengok dia orang buat macamana .

Mula sekali jogging setempat , selepas tu lompat bintang , langkah kecil , pumping , sit up dan sebagainya , cari je dalam youtube tu , macam-macam ada , Jillian Michale , dari The Biggest Looser pun buat video , dan jual juga , tak payah belilah , cari je dalam youtube .

Kalau beli tapi tak buat pun tak guna juga kan ? Lebih baik cari dalam youtube saja , lepas tu download , dan burn masuk DVD , kan senang ? Yang penting kita  apply benda tu . Itu lah cara nak jogging setempat dalam rumah , terutama sekali kalau hari hujan , tak boleh jogging di luar , dalam rumah pun boleh , anak-anak boleh join sekali , pakai stokin saja tak payah pakai kasut , takut kaki melecet .

Dah try ke jogging setempat ?

Tadi aku try sekali , memang best beb , tak nak pergi gym dah , buang masa buang duit saja , dalam rumah saja , kat luar kot segan pada jiran kan ? Senaman ini kena mantain hari-hari selama 40 minit saja , baru nampak kesan nya , antara kesannya , badan akan jadi berketul-ketul setelah diamalkan selama bebarapa minggu , dah mula rasa sakit , kalau nak bina otot mesti terasa sakit , perut pun akan kempis secara automatik .

Apa kebaikan jogging setempat ?

Kebaikan nya memang banyak . Salah satunya jimat segalanya. Memang jimat kan kalau buat jogging setempat dalam rumah , jimat minyak kenderaan , jimat duit , jimat msa dan tenaga , dan boleh bersantai sikit , dalam rumah sendiri lah katakan . Kalau nak berhenti minum dulu pun tak kisah , rumah sendirilah katakan . Yang penting warm up dulu , jika tidak akan terasa sakit kerana , otot akan berada dalam keadaan terkejut . Warm up dalam masa 5 minit , buat regangan ( streching ) sikit , lepas tu baru mula jogging setempat . Sediakan kain tuala sebab peluh anda akan keluar banyak , ingat jangan buka kipas. Kalau buka kipas tak best lah peluh dah kering , matlamat kita nak kasi peluh kaw kaw punya .

Senaman ini perlukan komitmen yang kuat , kalau ' hangat-hangat tahi ayam ' tak payah la buang masa saja , kalau nak turunkan berat badan dan nak kempiskan perut kena bersungguh-sungguh .

Apa keburukan jogging setempat ?

Keburukan nya , kita cepat boring , tadi aku boring juga , tapi aku pelbagaikan cara senaman , selain jogging , ada lagi senaman berat yang boleh dibuat dalam rumah , tak perlu guna sebarang peralatan , tengok saja dalam youtube , taipkan keyword yang aku sebut  kat atas tu, confirm , anda akan jumpa banyak cara nak senaman dalam rumah . Kalau boring anda boleh tengok tv.

Keburukan lain , peluh menitik dalam rumah , sebab tu la aku suruh korang sediakan kain tuala sebab nak kesat peluh , ingat jangan buka kipas , nanti tak ada thrill . Senaman kena ada thrill dan challenge , baru kita akan  push to the limit . Baru berkesan senaman kita , baru banyak kalori kita guna dan baru banyak lemak terbakar  dan barulah akan turun berat badan kita .  

Bagaimana dengan pemakanan ? 

Ok , pemakanan adalah satu perkara yang penting , kalau jogging setempat macam nak rak , tapi makan pun macam nak rak , lupakan saja . Makan pun kena jaga , makan lah makanan yang kurang karbohidrat , banyakkan makan makan yang tinggi serat , bab tu rujuk pakar pemakanan lah  ,carilah dalam google guna keyword ni ' cara pemakanan sihat'  yang penting tu makan setakat kenyang saja ya , jangan lebih-lebih sangat , nanti berat badan tak turun .

Akhir sekali , entri aku kali ini adalah pasal jogging setempat , aku belum pernah buat entri pasal jogging setempat ni , harap google cepat indek entri aku ni , aku harap korang cuba try dan test dulu tengok , mana tau berjaya turunkan berat badan dengan hanya jogging setempat dalam rumah saja .Kalau anda teringin nak beli Satu Set Video Insanity boleh lah beli dari Amazon di sini INSANITY .  Ok, last sekali kalau korang nak tengok entri lain pasal jogging dalam blog aku ni  tengok ni ada banyak di bawah ni  ...

Jogging adalah cara terbaik nak kuruskan berat badan ? Buktinya mana ?......
Dah dua hari dapat jogging dengan selesa
Jogging juga pagi tadi walaupun ....
Jom jogging kasi peluh sikit
Petang ni ok kot , pagi tadi dah terlepas ..
Dah mula ketagih nak keluar peluh , esok plan nak jogging ...
Tips kuruskan badan dengan cepat

Mak ai !! Banyaknya entri aku pasal jogging ni , harap memberi motivasi pada anda pembaca sekalian ....Sekian ....
Baca Lagi

Jual anak boleh jadi kaya ?


sindiket jual bayi

Boleh kaya ka kalau jual anak ? Kes terbaru di Penang , Operasi Pintas Sayang 1,  berjaya selamatkan 21 bayi dan kanak-kanak  yang dijual oleh satu sindiket . Seramai 43 individu ditahan termasuk , fuuh nak kaya cepat punya pasal . Ramai yang nak dapatkan anak cara cepat , terpaksa membayar sehingga RM2500 untuk seorang bayi , harga nya boleh mencecah sehingga RM4000 .

Antara pembeli yang membeli kanak-kanak itu terdiri dari golongan yang berpendapatan tinggi , dan mereka ni dah kahwin lama tapi tak ada anak , jadi nak cara mudah , beli je , tak yah susah-susah bersalin , senang kan ?

Mereka akan didakwa bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 , kalau dah ambik tu jangan terkejut kalau anak nanti muka macam Siam , Vietnam atau Bangla ka , sebab bayi tu dilahirkan oleh warga asing  , fikir sama kesannya .....
Baca Lagi

Bas potong lori tak kesampaian




Tragedi bas potong lori tapi tak lepas sebab ada kereta dari belakang , membawa padah kepada pemandu dan seorang penumpang  bas tersebut . Bas tu dari Johor ke Pulau Pinang bartolak jam 12.30 malam , bila sampai di tempat kejadian , bas itu cuba potong lori , tapi tak lepas , bas tu pun nak balik ke lorong lori tu la , tapi terlanggar bontot lori tu dan terbabas ke longkang .

Kejadian berlaku jam 7 pagi dekat kawasan Tapah menuju utara .Yang sedihnya , mangsa yang meninggal tu sebenarnya dalam perjalanan menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia . Kuasa Tuhan , dia pula yang maut . Ada 5 penumpang lain cedera , kebanyakannya duduk di depan . Bas itu cuma bawa 9 penumpang saja , rasanya dia bawak laju kot .

Pengajaran , patuhi halaju , dan kalau mengantuk tu berhenti lah atau tukar driver , waktu aku duduk Johor dulu selalu juga naik bas balik Perlis , makan masa 12 jam , sangat memenatkan , waktu tu naik bas Zulco , memang laju , perjalanan jauh lah katakan .
Baca Lagi

21 Feb 2013

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh lagi





Memang aku tak faham pasal stadium di Trengganu ni  ,kontraktor mana yang buat ni  , asyik runtuh je , dulu pun runtuh juga , angin monson tiup kuat sangat kot .....
 
Kuala Terengganu: “Saya nampak besi kerangka jatuh, tetapi tidak sempat melarikan diri sebelum pengsan akibat dihempap besi berkenaan,” kata Ahmad Safuan Abdul Manaf, 21, yang patah dua bahagian kaki kanannya serta cedera di mulut akibat sebahagian kerangka struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, runtuh semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, dia bersama empat lagi rakan sekerja sedang memotong kerangka lama bumbung stadium itu untuk digantikan bumbung baru. Bagaimanapun, kerangka besi sepanjang 137 meter itu tiba-tiba runtuh menyebabkan lima pekerja cedera pada kaki, tangan dan badan.

Selain Ahmad Safuan, pekerja yang turut cedera ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31. Ketika ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Ahmad Safuan berkata ketika kejadian dia sedang memasang besi perancah di bawah kerangka besi bumbung.

“Saya terkejut apabila melihat kerangka berkenaan tiba-tiba runtuh dan menghempap perancah menyebabkan saya terjatuh dari ketinggian 15 meter ke atas tangga.

“Selepas terjatuh atas tangga, kaki kanan dihempap besi perancah dan kerangka besi bumbung berkenaan.

“Akibat terlampau sakit saya pengsan di bawah timbunan kerangka itu dan apabila tersedar, mendapati berada atas meja yang diangkat beberapa pekerja untuk dimasukkan ke dalam ambulans Jabatan Pertahanan Awam,” katanya.
Baca Lagi

Cara menghilangkan bau ketiak secara alami



Masalah bau ketiak memang menjadi masalah utama bagi kebanyakan orang , bagaimana menghilangkannya ?,  lebih-lebih lagi bagi pasangan yang berumahtangga , jangan takut , masalah ini boleh diselesaikan , tak payah jumpa doktor , cuma perlu ikut saja petua-petua yang akan saya berikan nanti . Tips ini sesuai untuk perempuan supaya sentiasa bau wangi , tapi kaum lelaki arau pria pun jangan pandang remeh dan enteng pasal bau ni . Lelaki pun mesti wangi juga dong .

Caranya begini , minum air rebusan daun sirih , makan daun kemangi ,makan banyak  timun ,  kurangkan makanan pedas , kurangkan minum kopi,  jangan lupa cukur bulu ketiak , kerana  bulu ketiak yang lebat akan menjadi sarang kuman bermaharajalela .

Ada lagi cara-cara lain seperti rajin mandi , mandi adalah langkah awal nak hilangkan bau ketiak , tak kanlah nak basuh ketiak saja kot , mandi terus lah . Mandilah dengan air yang mengalir , bukannya terjun kolam , kerana bakteria akan mudah hilang kalau  mandi dengan air mengalir .

Guna Deadoran , gunakanlah sebarang pewangi yang boleh dibeli di kedai , sekurang-kurangnya dapatlah cover sikit bau tu dari terkeluar , jangan lupa setiap kali lepas mandi gunakan lah deadoran atau pewangi ketiak.

Pemakanan yang betul , banyakkan makan buah-buahan yang antioksidan, kurangkan makan makanan yang ada caffein, coklat dan lemak. Bakteria sangat suka pada peluh yang keluar dari pembakaran lemak. Banyakkan minum air .

Sayuran hijau seperti daun kemangi  sangat bagus untuk menghilangkan bau badan , hindari makan makanan yang berbau seperti petai , jering dan seangkatan dengannya . Begitulah antara tips yang saya dapat kongsikan dengan anda pasal bau ketiak ni .

Ada lagi tips-tips kesihatan lain yang saya kongsikan dalam blog ni  seperti tips mengelak sakit jantung  , Tips kuruskan badan   , Tips kempiskan perut, Tips kuruskan badan cepat  , sudi-sudikanlah godek-godek blog ni lagi , taip je dalam Search Box  bahagian penjuru atas kanan. Sekian .
Baca Lagi

20 Feb 2013

Terbakar kampung nampak asap di Marang


Terbakar kampung nampak asap di Marang , dah takde rezki , dah tu pula , dekat-dekat nak kawen , semua dulang hantaran musnah terbakar, kenduri kawen tetap diteruskan juga , mana boleh kansel , jemputan kahwen dah buat , malu satu hal , dah takdir ilahi , apa nak buat  , dah suratan takdir , itu suratan takdir ( Gersang ) , banyak sebab lah kan ? Harta boleh cari , nyawa orang tersayang ? Menurut Sinar Harian hari ni .......
Terbakar kampung nampak asap di Marang

MARANG - Hasrat seorang bapa, Yahya Harun, 61, untuk mengadakan kenduri kahwin anak lelakinya di Tumpat, Kelantan 21 Mac depan tetap diteruskan walaupun barang hantaran dan tempat tinggal mereka di Kampung Titian Baru di sini, musnah dijilat api.

Kebakaran yang mengakibatkan keluarga Yahya tinggal sehelai sepinggang turut memusnahkan kesemua persiapan perkahwinan anak keempatnya, Syawal Firdaus, 26, dan bakal menantu, Siti Fatihah Doloh, 25, termasuk set bilik tidur pengantin.

Bagaimanapun, Yahya dan isterinya Fazilat Mamat, 49, bertegas untuk meneruskan kenduri kahwin dijadualkan pada 21 Mac depan di negeri Che Siti Wan Kembang itu kerana pemilihan tarikh telah dibuat dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Sebanyak 21 dulang barang hantaran seperti pakaian, minyak wangi, kasut dan pelbagai barangan lain yang dalam proses disiapkan termasuk set bilik tidur musnah dalam kebakaran itu dan kesemua barang itu perlu digantikan dengan yang baru.

“Ini kerana kami tetap akan meneruskan kenduri kahwin Syawal dan Siti Fatihah mengikut jadual asal termasuk mengadakan kenduri sambut menantu di rumah kami pada April depan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu  memusnahkan keseluruhan rumah Yahya dengan anggaran kerugian lebih kurang RM100,000 termasuk bahagian dinding rumah bersebelahan pasangan terbabit.

Namun, Yahya berkata, taksiran kerugian itu meningkat lebih sekali ganda kepada RM250,000 selepas pemeriksaan terperinci dilakukan ahli keluarganya dan anggota bomba dan penyelamat yang membuat pemeriksaan di kawasan kebakaran.

Kesian kan ?
Baca Lagi

Pencarian Bloglist MAC & APRIL 2013 by DJH


 

http://diarijejakahangat1.blogspot.com/2013/02/pencarian-bloglist-mac-april-2013.html


Pencarian Bloglist MAC&APRIL 2013 by DJH , waaah lama tak layan segmen ni , asyik buat entri pasal keyword popular saja , saja nak ramaikan kawan blogger . Ada segmen yang dianjurkan oleh kawan blogger ni ..... Jejaka Hangat . 

Layan dulu segmen , mana tau boleh jadi otai hehe . Tarikh tamat melapor diri 26 Feb 2013 .


Baca Lagi

19 Feb 2013

Punca banjir kilat di Puchong


Punca banjir kilat di Puchong adalah longkang sumbat , air tak dapat mengalir , dan sistem perparitan yang tidak baik , pada pendapat aku saja . nak tahu lanjut baca ni , dari Sinar Harian ....

Punca banjir kilat

Punca banjir kilat

Punca banjir kilat

Punca banjir kilat

Punca banjir kilat
Punca banjir kilat


PUCHONG – “Memang rasa terkejut apabila paras air naik tiba-tiba di tengah laluan lebuhraya menyebabkan kereta saya tenggelam sekelip mata,”kata, Dr Choong, salah seorang pemilik kenderaan yang tenggelam dalam kejadian banjir kilat di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), petang semalam.

Dakwanya, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Subang Jaya selepas menghadiri mesyuarat di sebuah kolej swasta di sini.

Katanya, sebaik membelok keluar dari Bandar Puchong Jaya menghala ke Bandar Puteri, air tiba-tiba melimpah penuh di atas jalan menyebabkan keretanya dan tiga lagi kereta berdekatan tidak dapat bergerak.

Dalam keadaan cemas itu, Choong berkata, dia mengambil keputusan berdiam diri dalam kereta dan tidak membuka pintu kerana khuatir air melimpah masuk dalam kenderaan.

Menurutnya, apa yang difikirkan ketika itu, kereta yang seolah-olah menjadi sampan bergerak di atas jalan itu berlanggar dengan kereta lain yang turut terkandas di atas jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika hujan lebat, memang saya tidak sangka menjadi mangsa dan terperangkap  sebelum kereta saya ditarik oleh orang ramai menggunakan tali.

“Saya tidak pandai berenang, memang takut hendak buka pintu dan keluar dari kereta apabila melihat  paras air di luar sudah melebihi pinggang,”katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam kejadian semalam, lebih 30 buah kereta ditenggelami air termasuk yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di sini.

Sinar Harian difahamkan, ruang kedai tingkat bawah pusat beli-belah itu turut dinaiki air malah kawasan sekitar Bandar Puchong Jaya tenggelam dan kesemua laluan LDP ke Bandar Puteri terpaksa ditutup kepada pengguna selama beberapa jam.

Kejadian semalam turut menyebabkan kesesakan berlaku hampir tiga kilometer dari arah Sunway ke Puchong Perdana.
Baca Lagi

Pelik tapi benar , lampu isyarat paling mengelitukan di dunia


Pelik tapi benar , lampu isyarat paling mengelitukan di dunia terdapat di Chongqing, China . Tengok gambar bawah pun dah pening , apatah lagi kalau kita berada dalam suasana itu . Dari Kosmo hari ni .....

Pelik tapi benar lampu isyarat paling mengelirukan di China
Pelik tapi benar lampu isyarat paling mengelirukan di China 


CHONGQING, China - lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke Taman Tema Yangrenjie di sini keliru dengan sebuah lampu isyarat di simpang empat lokasi tersebut.

Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu.

Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa.

Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong.

Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam,

Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu.

Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia

Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut.

- Agensi
Baca Lagi

Meteor jatuh di Rusia , tahi bintang jatuh ke bumi


Meteor jatuh di Rusia , tahi bintang jatuh ke bumi  , panik juga dengan , itulah gambaran awal kiamat , dunia dah nak sampai . Meteor jatuh di Rusia memang menghuru-hara kan keadaan di  Rusia . Menurut Kosmo hari ni .......

Meteor jatuh di Rusia , tahi bintang jatuh ke bumi
Meteor jatuh di Rusia , tahi bintang jatuh ke bumi 



MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak.

Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut.

Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan.

Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas.

"Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti.

Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam.

"Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya.

Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit.

Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus.

"Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan.

Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius.

Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja.

Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak.

Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. - AFP

Baca Lagi

18 Feb 2013

Tips kuruskan badan dengan cepat


aizat
Gambar Aizat sebelum diet
Gambar Aizat selepas diet


Petikan dari blog Aizat , sini saya nak kongsikan tips kuruskan badan dengan cepat cara Aizat Amdan .    

1. Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). Saya dulu 112kg.

2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. Makan tiap2 4 jam..apa2 makanan yg kurang lemak, minyak dan kurang gula. Aizat dulu banyak makan benda-benda organik. Basically makanan PROSES aizat avoid.

3. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln.

4. Yang paling penting is self will and determination! Jangan mudah give up.


Will Smith pernah quote:

"When you run, you have this little voice in your head that tells you “I’m too tired, I have to stop running. If I only walk for a second I will regain my composure and can run again. I wish I could just sit down” (paraphrased in my own words). He says that if you can conquer this voice when running, you can conquer this voice in anything that you do in life."

Maknanya, berlari akan mengajar kita supaya tidak mudah 'give up'

Selalu bila jogging, Aizat akan challenge diri Aizat untuk sampai ke destinasi walaupun badan dah menjerit "PENAT! PENAT!" Its normal but think positive and counter. Make sure you reach your destination/goal. Kalau tak berjaya hari ini! cuba hari esok! Secara automatik dalam kehidupan pun serba sedikit dapat membantu Aizat not to give up and reach my dreams. Saya harap pesanan ini diambil dengan positive! :)


Amacam , ada paham , amalkan tips tu , insyaAllah kurus ....




Baca Lagi

Gempar !! Buaya berjemur di tebing Sungai Tabuan



Hari-hari cerita pasal buaya kat Malaysia  Timur ni , dari Kosmo hari ni ...

KUCHING – Penduduk di Kampung Tabuan Dayak, di sini gempar apabila seekor buaya sepanjang dua meter berjemur di tebing Sungai Tabuan yang mengalir di belakang kediaman mereka semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, buaya itu dilihat timbul dan berjemur di tebing sungai tersebut oleh beberapa penduduk kampung sebelum berenang masuk dan menghilangkan diri ke dalam sungai yang jaraknya hanya lima meter dari pagar belakang rumah mereka.

Seorang penduduk, Rafer Mason, 50, berkata, penemuan itu mengejutkan kerana sebelum ini, mereka sering melalui kawasan berkenaan namun tidak pernah terserempak dengan reptilia tersebut.

“Seorang saudara saya tinggal di tebing sungai ini sejak 20 tahun lalu, tetapi ini merupakan kali pertama digemparkan dengan kehadiran haiwan tersebut.

“Kejadian ini menakutkan dia sekeluarga, lebih-lebih lagi pada musim hujan, ketika air sungai naik mendadak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Baca Lagi

Amah lambung bayi direman



Kesiannya budak ni , nak lambung pun berpada-pada lah .....

Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi, Mohd. Harez Mohd. Zamri berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu sedang disiasat bagi menentukan tindakan lanjut atas perbuatannya.

“Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Pada 15 Februari lalu, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) melalui komputer riba yang disambung dengan CCTV yang dipasang di rumahnya di Bukit Setongkol di sini.

Sementara itu, ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, mengakui serik untuk mengambil khidmat pembantu rumah ekoran kejadian tersebut. Dipetik dari Kosmo hari ni .
Baca Lagi

17 Feb 2013

Tips kurus cara aku tapi tak kurus-kurus



Tips kurus cara aku tapi tak kurus pun . Apa itu kurus ? Semua orang tau , kurus tu kan ? Lawannya  gemuk . Tapi macamana nak kurus ?  Jawapannya adalah kurangkan makan dan lebihkan senaman , itu je  ! Kalau nak badan jadi berketul pulak , kenalah selalu pergi senaman , contohnya selalu pergi gym . Atau pergi  jogging kat padang bola nun di sana .

Kalau nak kurus cara cepat , makan je ubat kurus , gerenti kurus cepat , tapi , kalau ada kesan sampingan , tanggunglah sendiri . Cara aku mudah saja , tak perlu ambik sebarang ubat , kurangkan makan je , kalau selalu makan 2 pinggan , kurangkan separuh , tapi cara begini akan mengambil masa yang lama sikit untuk turunkan berat badan . Macam aku 6 bulan baru nampak kesan , ada kawan aku makan ubat , 2 bulan dah kurus , tapi ada kesan sampingan , antaranya adalah duit habis , sabab kena beli ubat , tapi cara aku tak perlu keluar modal . Tepulang pada cara masing-masing , tapi hakikatnya perlukan pengorbanan.
Baca Lagi

Kuswadinata meninggal dunia



Kuswadinata meninggal dunia | Kuswadinata mati | Kuswadinata |


Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini malam ini.

Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

"Apa yang lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, Allahyarham memberitahu saya 'Saya akan merindui kamu', dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu," kata Kamariah, ibu kepada empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama Kuswadinata.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, seorang pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

"Allahyarham banyak mengajar saya dalam dunia lakonan, dan antara insan yang membawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan," katanya.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang turut menziarahi memberitahu Bernama, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

"Saya sebagai ketua di sini rasa bertanggungjawab untuk membantu memandangkan Allahyarham juga merupakan seorang anggota qariah masjid berhampiran," katanya.

Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan esok.

Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

Sumber dari mstar
Baca Lagi

15 Feb 2013

POLIS TUMPASKAN GENG SAMUN 'BOY BLACK' DENGAN PENAHANAN TIGA LELAKI


GENG SAMUN BOY BLACK | BOY BLACK | SAMUN BOY BLACK |

Lega dah tumpas.....



JOHOR BAHARU, 15 Feb - Polis percaya berjaya menumpaskan kumpulan yang terlibat dengan sekurang-kurangnya 11 kes samun di bandar raya ini dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan dekat Kempas dan Kangkar
Pulai, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata ketiga-tiga mereka yang merupakan anggota kumpulan 'Boy Black' itu ditahan pada 3 petang dan 6.40 petang di dua rumah selepas polis mendapat maklumat berkaitan jenayah terbabit.

"Modus operandi mereka adalah memecah masuk ke dalam rumah dan mengacukan parang bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan barangan berharga dan kereta mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Hashim berkata polis merampas pelbagai hasil samun dan peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah itu termasuk dua kamera, lima jam tangan, lapan telefon bimbit, satu kunci kereta jenis Toyota, alat pengering rambut, parang panjang, pisau, kapak dan sejumlah wang kertas beberapa negara yang dianggarkan berjumlah RM250.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 22 hingga 29 tahun itu mengaku terlibat dengan 11 kes samun di sekitar usajaya, Skudai dan Tampoi, di sini.

Katanya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehinggaesok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan penahanan mereka, polis katanya ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut untuk siasatan.

"Lelaki itu Siva a/l Muni Samy yang memiliki kad pengenalan bernombor800303-01-5361 dan beralamat di nombor 4, Jalan Tembaga Merah 3, Taman Sri Skudai, di sini. Dia disenaraikan sebagai orang dicari polis dan mempunyai rekod berkaitan dadah dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya,"
katanya. - BERNAMA
Baca Lagi

Pesawat terbalik masa mendarat




KIEV, Ukraine - Lima orang mati dan 12 lagi cedera kelmarin selepas sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbalik semasa membuat pendaratan cemas dalam cuaca berkabus tebal dekat bandar Donetsk, menurut beberapa pegawai pentadbiran.

Sebahagian daripada badan pesawat itu turut terputus.

Seorang pramugari disenaraikan sebagai orang yang hilang dalam nahas itu.

Pesawat Antonov An-24 buatan Rusia itu sebelum ini berlepas dari bandar Odessa dengan membawa 45 orang.

Punca nahas masih belum diketahui.

Ia mendarat 700 meter dari landasan sebuah lapangan terbang.

Pesawat berkenaan dikendalikan oleh sya-rikat Southern Airlines. - Agensi

Baca Lagi

12 Feb 2013

Pari Gergasi Tersangkut di Pukat



Gerun juga tengok pari gergasi ni .......dari Sinar Harian hari ini .....


Penduduk di Pasir Puteh, Kelantan gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.

Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin.

Katanya, dia pada mulanya menyangka pukat tersangkut kerana tidak terdaya untuk mengangkatnya ke bot.

“Saya terkejut melihat ikan pari besar tersangkut pada pukat, ketika kami mengangkatnya ke bot, ikan itu menggelepar sehingga bot hampir tenggelam.

“Kami panik tapi terus berusaha menariknya ke tebing kerana tidak mahu ikan itu terlepas begitu sahaja kerana inilah kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya,” katanya yang tidak menyangka ikan pari sebesar itu berada dalam kawasan air tawar.

Mohamad Azri terpaksa menghubungi ayahnya supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan tersebut.

“Ayah saya sampai tidak lama selepas itu dan dengan dibantu beberapa kawan, ikan itu berjaya dibawa pulang ke rumah dengan mengikatnya di atas bonet kereta.

“Saya menganggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat hanya mengena ikan kecil, tidak berbaloi untuk berulang alik sejauh tujuh kilometer dari rumah saya,” katanya.

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam.
Baca Lagi

Buaya terbesar di Filipina mati mengejut


Gerun juga tengok buaya besar ni .....menurut Kosmo hari ni ...



Seekor buaya jantan air masin terbesar yang pernah dipelihara di dalam kurungan, Lolong mati selepas 17 bulan reptilia itu ditangkap.

Lolong yang berukuran 6.17 meter (m) panjang mati pada malam Ahad lalu akibat penyakit misteri di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, Pulau Mindanao.

Taman itu dibina oleh kakitangan perbandaran untuk mempamerkan buaya berkenaan.

Kehadiran haiwan tersebut menyebabkan ramai pelancong datang ke Bunawan sekali gus memberi pulangan ekonomi yang besar kepada bandar kecil itu.

"Ia merupakan hari yang paling sedih buat kami. Lolong telah membawa kemasyhuran kepada bandar kami," kata jurucakap bandar itu, Welinda Elorde kepada agensi berita AFP.

Reptilia itu ditangkap di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan.

Perangkap besi digunakan untuk menangkap haiwan itu.

Buaya itu juga dipercayai membaham seorang nelayan.

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali dari anak sungai kecil sebelum ia diangkut dengan kren ke atas sebuah trak.

Selepas ditangkap oleh sekumpulan penduduk tempatan dan pakar-pakar haiwan itu, ia diletakkan di dalam kurungan untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Akhbar The Philippine Star melaporkan semalam bahawa Lolong menelan tali pntal tiga minggu lalu.

"Kami telah memberikan haiwan itu daging, ayam dan itik.

"Tidak mungkin, ia makan makanan lain," kata Elorde.

Pada tahun lalu, Guinness Book of World Records secara rasminya mengisytiharkan Lolong sebagai buaya terbesar pernah hidup dalam kurungan.

Menurut Elorde, haiwan itu diberi nama Lolong sempena nama seorang pegawai alam sekitar yang mati disebabkan serangan jantung selepas dia pergi ke Bunawan untuk membantu menangkap buaya tersebut.

Satu majlis pengebumian khas akan diadakan untuk Lolong yang seberat hampir satu tan.

Badannya mungkin diawet untuk dipamerkan di sebuah muzium.

Penduduk Bunawan merancang untuk melakukan majlis ritual dengan menyembelih ayam bagi mengucapkan terima kasih kepada roh hutan kerana populariti yang dibawa haiwan berkenaan.

Sekumpulan penganut Kristian juga akan berdoa sebelum reptilia itu dibedah siasat.

Lolong menewaskan pemegang rekod sebelum in, Cassius yang sepanjang 5.48m.

Cassius dipamerkan di sebuah taman di Pulau Green di luar perairan Queensland, Australia.



Baca Lagi

11 Feb 2013

Shila Amzah 'hilang' di Trengganu



Berita 'kehilangan' Shila Amzah tersebar luas , panik juga ND Lala , sampai buat laporan polis , akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat di Trengganu , menurut Kosmo hari ini ...

Penyanyi terkenal, Shila Amzah yang dilaporkan hilang selama seminggu menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, sebaliknya menjelaskan, dia hanya ingin mencari ketenangan.
Penyanyi itu dalam akaun Twitternya petang semalam berkata: "Kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri, saya hanya ingin tenangkan diri daripada semua orang. Kenapa tidak boleh? Beritahu saya."
Shila bagaimanapun gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut.
Bapanya yang juga pelakon, ND Lala, 53, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya di Kemaman, Terengganu malam kelmarin.
Difahamkan, penyanyi itu menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar semalam.

Baca Lagi

Bila tarikh pru 13 ?



Bila tarikh pru 13 ?  Persoalannya aku pun tak tau , tapi promosi tu banyak la , kempen sana kempen sisi , kena paksa tengok ceramah pun ada , ada juga manusia macam tu . Tadi aku google bila tarikh pru 13 ,dapatlah jawapan sikit ...

Sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara...begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian.
Kelewatan kali ini UMNO mengumumkan tarikh berkenaan mencetuskan berbagai teka teki tentang bila pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan.

Ada yang cakap UMNO mesti 'tune' tarikh itu untuk 'slot in' pilihanraya.

Bagi tukang tilik dan ahli nujum ini dia tarikh yang dinanti-nantikan itu.

Apa yang jelas tarikh berkenaan tidak lari jauh dari tarikh mesyuarat tahun-tahun sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.

Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula  dari 1 Julai hingga 15 September ini.

Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan.

Jaraknya cuma sebulan sahaja.Rasa-rasanya tidak kot.

Jadi kalau nak buat spekulasi eloklah selepas 15 September.
agendadaily.com

Dan aku google lagi dapat pula macam ni ....

Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya? Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali.  Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju. Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
 beritasemasa.com
Itu saja jawapan yang google bagi kat aku tadi ....huh


Baca Lagi