Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Jan 2013

Blog kedua untuk promote Clickbank dah siap...


Blog kedua untuk promote Clickbank dah siap , saja nak main dengan SEO pulak , dah seminggu aku dok study keyword popular  , aku ambil " how to lose weight " ada 9 juta carian . tentu banyak saingan , tak pa cubha dulu mana tau kot boleh duduk first page google kan ? Nak dapat dapat hasil dengan Clickbank ni bukan mudah , terutama sekali kena buat sale , ada orang beli baru dapat hasil .


Nak tengok blog kedua untuk promote Clickbank klik sini . Blog ni akan menceritakan pasal   " how to lose weight "  tak dak cerita lain dah . Harap-harap dapat trafik dari Google ....
Baca Lagi

30 Jan 2013

Budak kecik suka main misai dan janggut , kenapa ?



Aku heran juga kenapa budak kecik suka main benda tajam , seperti bucu bantal , hujung kain selimut, dan terbaru janggut dan misai aku dia suka main , kenapa ekkk !! Aku dok cari dalam Google pun tak jumpa kenapa bebudak kecik suka benda tu , semua benda dia nak pegang , kenapa ?

Air mineral pun nak pegang , pendek kata ,apa yang kita pegang , dia pun nak pegang , kita pegang stering kereta dia pun nak juga , nasib baik kita nak berak dia tak masuk tengok , terbaru aku masuk bilik air , dia kunci dari luar hahaha .

Kalau kita nak buang sampah , dia pun nak buang sampah , kita nak buka peti ais dia pun nak buka , kita pegang pisau dia pun nak , bahaya tu !! Sebab tu kalau ada Huda (Gambar ) aku tak boleh nak buat apa-apa , nak lipat baju boleh la , itu pun kena bagi satu baju untuk dia main lipat-lipat , haru betul  ,semua dia nak buat . Bukan apa , itu adalah sebahagian dari proses pembelajaran, itu maksudnya dia seorang yang normal kan ?

Dan semalam dia tertidur tanpa perlu ditepuk-tepuk , sebab terlalu mengantuk , lega rasanya , masalahnya tak sempat nak tukar lampin ,baju dan seangkatan dengannya sebagai persiapan untuk tidur , terpaksa mak dia tukarkan , sebab nya mak dia ni tangan lembut sikit , dia gerenti tak jaga punya , aku tangan kasar sikit , nanti jaga pulak , Alhamdulillah , lena sampai pagi tadi , nak keluar gi keja masih tak jaga ....


Baca Lagi

29 Jan 2013

" Jawatan Kerja Kosong "


" Jawatan Kerja Kosong "  antara keyword popular bulan ni aku tengok dalam Google Adwords , saja nak buat entri pasal jawatan kerja kosong ni , kot ada trafik sesat masuk .



Tengok gambar atas tu , klik untuk membesarkan dia , dapat lah tengok keyword popular , antara keyword popular yang lain adalah , jawatan kosong jabatan kerja raya ,  kerja kosong 2011 , kerja kosong kerajaan 2011 , jawatan kosong kerja kerajaan . Fuuuh pening juga dengan golongan Job Hunter ni mcm aku dulu hihihih....
Baca Lagi

27 Jan 2013

Blog untuk promote Clickbank dah siap



Dalam dua tiga hari ni aku sibuk siapkan blog untuk promote Clickbank , mana tau boleh dapat pasif income macam rakan lain yang dapat buat money dengan Clickbank kan ? Susah juga nak buat entri dalam bahasa Inggeris, lepas tu nak yakinkan pembaca untuk membeli produk tu . Aku dah post 5 entri , tengok nanti Google index , harap dapat buyer dari worldwide .

Ada rakan kita yang dapat banyak income dari Clickbank ni , aku je baru nak mula , sabar je la , kalau ada rezki, ada lah , kalau tak ada pun tak mengapa. Aku ikut je langkah demi langkah yang para otai Clickbank buat , tapi ambik masa juga untuk dapatkan sale atau jualan yang pertama , teknik kena betul , strategi kena betul , kena study keyword dalam Google Adwords juga , baru lah trafic senang dapat dari search engine kan ? Ambik masa juga , nanti ada perkembangan terbaru aku akan update , nak tengok blog tu ? Klik sini 
Baca Lagi

25 Jan 2013

Yang mana lebih selamat ?



Bila bawa anak ke pasaraya, mana lebih selamat ? Dukung atau duk dalam troli ? Bagi aku dukung lebih selamat kalau kat dalam pasaraya ni , dalam troli kena waspada sbb dia dok melompat , takut jatuh troli , kasi mainan dia main kasi ralit sikit , baru boleh beli barang , awas !! jangan bawa ke tempat yg ada banyak mainan , nanti dia nak ambik semua .

Semalam gi beli barang rumah kat C-mart Arau , maklumlah dapat bonus , beli siap-siap , nanti tak kalut dah . Dan seperti biasa aku ditugaskan untuk mengepung si kecik ni , letak dalam troli setel kan ? Tapi kena alert dan waspada takut dia terjun troli kalau dia nak capai sesuatu .

Aku punya stail ,kalau dia nak main dengan mainan , kasi dia main dalam troli puas-puas , nanti nak balik time nak bayar , kasi letak balik kat tempat dia ,hahahaha , kedekut punya bapa !! Bukan tak nak beli , kat rumah dah berlambak , tak dak tempat nak letak dah .....

Balik rumah semalam , pecah rekod !! Jam 5 pagi baru dia tidur , perggghh !! Nasib baik aku dah mohon cuti hari ni ....
Baca Lagi

24 Jan 2013

Pekena ikan bakar , rosak diet


Makan ikan bakar , makan dulu diet kemudian . Jangan pikir diet waktu makan , waktu senaman nanti fikirlah makan . Rezki jangan ditolak , dah lalu depan mata ,ngap saja , jangan fikir banyak lagi , kalau sedap tambah lah lagi , esok kita diet balik .

Menda sedap jangan dok tolak , nanti perut kita yang memberontak , batu dan kayu  itu saja perlu ditolak , yang lain makan je sampai perut senak .  Sekali sekala datang sini jangan lepaskan peluang , kedai ini dibuka bermula jam 4 petang , bukannya Kuala Sepetang , tapi Kuala Perlis .

Tapi disebabkan aku pekena teh o panas limau , cover balik pembakaran lemak dalam badan aku , makan siap tambah 2 kali , ratah sampai tinggal tulang , sekali sekala datang , sedap bukan kepalang.....
Baca Lagi

23 Jan 2013

Nak try clickbank tengok




Baru nak mula berjimak ehhh berjinak-jinak dengan www.clickbank.com , ada orang dah dapat duit banyak dengan clickbank ni  , aku baru nak mula , malas nak cari maklumat berbayar , aku cari maklumat free je , dan aku nak try buat satu sale tengok , mana tau berjaya , payment dalam USD tu , kalau berjaya , nanti aku dedahkan  huhuhuh . Kena study banyak ni , kena main keyword popular dan SEO ni .
Baca Lagi

21 Jan 2013

Diet vs Kenduri



Macam gempak je tajuk entri ni ,serba salah gak , nak diet , tapi bila kenduri tibai nasi semacam je , mentang le free , waduh problem , nak kurus camna ni , siang gi gym , malam makan nasi 2 pinggan , kalau kenduri tak gi salah , kalau dah gi tak makan salah , karang ada yg terasa lak , tak kan nak tengok saja lauk kenduri tu .

Kalau dah makan tak kan nak makan main-main tu , menda free tu , bukan senang dapat tu , gulai kawah tu , dah makan tak kan tak tambah , mesti tambah kan ? Habis makan nasi , gulai kawah , kurman daging , sambal belacan , ikan talang , makan pula pencuci mulut, cendol , pergh 2 gelas cendol aku tibai , itu pun dalam dok sakit demam selsema ni , kalau tak selsema komfom , 5 gelas cendol tu aku habiskan  .

Dan  seperti biasa selepas makan mesti jumpa tuan rumah , salam dulu sebelum balik , tak kan tak hulur sikit sepuluh dua , mesti kasi kan ? Bila pi runah mak , mak susah payah hidang nasi , bila nasi dah terhidang , tak kan tak makan ? Tak kan nak makan sikit , mak dah susah payah masak ni , mesti tambah kan ? Bila tambah sekali terasa masih lagi tak kenyang , tak kan malu nak tambah lagi sekali , rumah mak sendiri pun nak malu ? 2 kali tambah jadinya , lepas makan nasi , tengok lauk masih ada lagi , mak suruh habiskan , tunggu apa lagi , ratah lauk pula,  jangan dibazir menda free ni ,lepas ni dietlah balik ,  lepas makan langgah air 3 gelas , lepas tu tersandar kenyang , apa pun tak leh nak buat . Gitulah aktiviti aku hari ni , penuh dengan aktiviti makan , minggu depan ada kenduri lagi , makan lagi .....kesimpulannya , nak diet jangan sampai tak  makan , tapi berpada-pada , makan setakat kenyang je ....jangan lebih-lebih.....hehehe
Baca Lagi

19 Jan 2013

Awas ! Jangkitan virus selsema


Awas ! Jangkitan virus selsema . Dah masuk 3 hari demam , Jannah demam , nasib baik Huda tak demam , bawa Jannah gi klinik Faizah , panel klinik wife . Aku pun demam , tak dak sapa peduli , anak demam semua kalut . Ayah dia sakit pun tak pa hehehe.... Aku demam , gi beli ubat kat farmasi je , anak demam kena bawa jumpa doktor , takut ada penyakit lain , betul tak ?

Biar ayah demam , jangan anak demam , kalau anak demam , semua susah , kalau ayah demam ,sendiri tanggung la lalala . Hari baru ada mood sikit nak update blog . Kelmarin tak leh buat apa , sengal seluruh badan , nak tekan keyboard pun tak larat , camna nak update blog .

Kat klinik , dalam klinik tu ada mainan pondok-pondok mcm gambar atas , hilang la demam tu sekejap sbb dapat mainan , gitulah budak-budak ni , asal dapat mainan je lega demam tu . Problem dia waktu nak tidur , dah la hidung ketat , nafas bunyi sroot srooooot , camna nak tidur , terpaksa la tidur luar , aman sikit , bebudak ni , kalau demam , tidur dia terganggu , ngan tidur kita sekali terganggu , tidur la kat luar , kasi mak dia temankan , aman sikit .

Sekarang ni musim demam , sana sini orang demam , sroooot sana sroooot sini , geli dengan tu , ada orang yang srooooooot tuuuuuii , tak kira tempat , yang syok sekali , dalam kereta pun boleh meludah kat luar , kita pula follow kereta dia , hingus dia terbang lekat kat cermin kereta kita hahahaha .

Harap minggu depan lega ....ada keje nak buat ....
Baca Lagi

17 Jan 2013

Inikah yg dinamakan 'nak diet' ?


Malam ni wife belanja , hehe makin berisi aku , makan udang Kfc , dah plan 2 minggu lepas tapi tak jadi , hari ni lunas janji , hemmmm, camna nak kurus ni , dah terlebih makan ni , lepas ni gi Gym lagi .
Baca Lagi

16 Jan 2013

Saksi nampak wanita mirip Dato Sosilawati , selepas dia dibunuh



Seram juga tengok berita dari Sinar ni ...

SHAH ALAM - Seorang bekas pekerja mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting, selepas lapan hari wanita itu dipercayai dibunuh.R Kathavarayan berkata, perkara itu dimaklumlan oleh  N Pathmanabhan kepadanya selepas bekas majikan itu selesai sesi perjumpaan bersama beberapa rakannya pada petang 7 September 2010.
"Saya tanya kepada Pathma mengenai wanita yang saya lihat di restoran itu dan Pathma beritahu perempuan berambut pendek itu adalah wanita yang sama pernah datang ke ladang tempoh hari," katanya.Kathavarayan berkata dia melihat kelibat wanita berkenaan bersama seorang lelaki setelah mereka beredar dari tempat tersebut."Saya lihat wanita itu  bersama  seorang lelaki dan kedua-duanya beredar dari restoran itu dengan menaiki sebuah kereta seperti Jeep," katanya.Ketika merujuk pada gambar Sosilawati, Kathavarayan berkata wanita itu yang dilihatnya di restoran berkenaan."Namun rambut wanita itu telah dipotong pendek. Saya juga tidak pasti sama ada rambut dia diwarnakan atau tidak."Pakaian dia seperti biasa tidak memakai kot manakala lelaki yang menemaninya memakai kemeja lengan panjang," katanya.
Adakah dia tak dibunuh? Adakah dia masih hidup? Anak dia kot....
Baca Lagi

Kalau bini ' main ' dengan orang lain ?



Menurut Metro hari ni ...

Kangar: “Apa hang buat kalau bini hang main dengan orang lain?” tanya seorang tertuduh kepada petugas media apabila mengaku tidak bersalah membelasah isterinya menggunakan lesung batu ketika meninggalkan kompleks mahkamah, di sini, semalam.
Seorang suami mendatangkan kecederaan kepada isteri dia dengan bingkai gambar, lesung batu , dan apa lagi tah .. Si suami berusia 40 tahun  , si siteri 27 tahun , si suami bari balik dari KL jam 5 pagi dan bila balik dia terus mengamuk , kenapa ? Mesti ada sebab kan ? Kejadian berlaku di Kampung Repoh ,Perlis , dekat je dengan rumah aku ni ha , 10 minit pun sampai ....

Baca Lagi

15 Jan 2013

Nurul Shuhada sudah mahu anak ....


Wah !! Tahun pertama kawen sudah tembam gitu , dah bertudung tutup penuh baguslah macam tu , ada artis yang nak bertudung tapi masi segan silu , jauh ketara perbezaan sewaktu anak dara dulu . Kata orang lepas kawen badan akan naik , tak tau la , tapi itu kebanyakan orang lalui , macam aku juga .

Orang pompuan gitulah , nak ke mana kalau tak ke dapur , jaga anak , walaupun berkerjaya  masih perlu ke dapur juga . Tahun pertama kawen tamau anak , la ni baru mau , rasa sunyi pulak , dah jadi pengacara sambilan TV3 sudah ....artikel penuh baca sini ..
Baca Lagi

13 Jan 2013

Sepetang di Gymnasium


Petang tadi gi gym , lama juga tak gi , tadi kena bawa Jannah juga . Ramai juga orang waktu petang ni , nak banding body mereka dgn body aku ? Jauh beza , hari2 mereka datang , aku seminggu sekali ja , nasib baik Jannah tak wat perangai .....
Baca Lagi

Sharnaaz nak melamar Shila Mac 2013



Sharnaaz hantar rombongan merisi k

Sharnaaz nak merisik Shila Amzah tahun ni , baguslah tu cepatkan perkara baik . Dok simpan lama buat apa , umur makin meningkat . Menurut Sinar Harian hari ni ...


“Insya-ALLAH, dalam bulan Mac, saya akan hantar rombongan merisik. Buat masa ini, saya dan Shila memang sibuk.

“Namun, kalau nak ikutkan jadual, memang tak pernah kosong. Jadi, saya perlu selitkan sedikit ruang untuk keluarga berkenalan dengan bakal isteri saya.

“Kami pernah berbincang sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun tarikhnya belum ditetapkan. Saya harap rombongan saya diterima keluarga Shila,” katanya.

Dan baru-baru ni timbul isu panas , Sharnaaz terlalu mengongkong karier Shila , dan ada yang menganggap Sharnaaz telah membunuh karier Shila , apa kata Sharnaaz ?


“Saya perlu tanya dan melarang apa jua perkara tidak perlu dia lakukan.

“Namun, saya menolak dakwaan sekiranya saya dilabel sebagai pemusnah masa depan Shila. Saya berbuat demikian kerana saya sayang dia dan tidak mahu dia melakukan perkara yang tidak diingini,” katanya.

Harap tahu 2013 ni , Shila dan Sharnaaz bertunang dan seterusnya berkahwin , semoga mereka dimurahkan rezki , bahagia hingga akhir hayat ....


Baca Lagi

Tinggal lagi 2 orang belum jumpa



Polis buru tahanan ambil tebusan di Bukit Mertajam

Dari sembilan orang yang hilang , 2 orang  menyerah diri dgn menunggu dekat van tu , 2 orang lagi kena tembak , 1 orang menyerah diri di pasar awam Sri Menanti , 1 orang kena tangkap di kedai makan , 1 orang di kesan menjadikan seorang remaja sebagai tebusan di Bukit Mertajam . Cuma 2 orang lagi tak tau ke mana . Mereka tak kemana sebenarnya , dok main area tu je ..... 

 
Baca Lagi

12 Jan 2013

Mana satu betoi ni ? Tonto ka orang awam ?




Cerita atas dari Harian Metro , ' tonto mengganas ' , kat bawah ni , dari Sinar Harian  ' orang awam ' mengganas pula , mana satu betoi ka ,aku yang tak tau baca ?




Baca Lagi

Isteri dibogel geng lepak , nasib baik belum kena rape lagi



Isteri dibogel geng lepak , nasib baik belum kena rape lagi

Nasib baik lagi , kalau kena tak tau la apa nak cakap , minta simpanglah , tu lah kita kekadang tunjuk berani sangat , tak boleh juga , tunjuk takut sangat tak boleh juga , kena sedang-sedang . Kalau kita tak terima balasan , anak bini yang terima balasan , macam tu lah rencah kehidupan . 

Tapi dalam kes ni , mmg teruk lah bebudak yg melepak tu , kalau kena tangkap , komfom didakawa kerana merompak , mencederakan , dan cubaan merogol , mau dekat 20 tahun penjara tu . 

Kat taman aku pun ada budak melepak , tapi tak lah mengganggu orang , mereka main gitar je atau pun sambil layan internet . Tak penah pula aku tegur sbb tak menggaggu aku pun . Aku pun tak berani nak tegur . Aku ni ada 2 anak pompuan , malas nak bermusuh dengan orang lain .
Baca Lagi

11 Jan 2013

Budak kena Cucuh rokok, ikat kaki





Dasar tak ada hati dan perut , kepala otak kat kepala lutut, tak puas dengan ikat kaki , puntung rokok di cucuhnya . Takut juga nak tinggal anak kat orang sebarangan , takut nanti mereka naik tangan , sudah-sudah lah hari-hari cerita pasal dera budak di akhbat harian , apa yang terjadi dijadikan panduan , sempadan dan pengajaran.......
Baca Lagi

Budak parah diserang Rottweiler lagi...



Budak parah diserang Rottweiler


Dah memang anjing tu jenis ganas , tak serik lagi ,nak pelihara juga . Jiran aku nasib baik tak ada yang lepas anjing , setakat yg aku tau la . Ada satu rumah Cina kat depan rumah aku tu , aku perasan kalau pi dekat rumah dia ada anjing menyalak , tak pa la gitu , dia pelihara dalam pekarangan rumah dia saja . Aku penah ternampak anjing dia , besar beb , sama tinggi dengan anak lembu ...

Dan apa yang aku akan buat kalau terserempak anjing yang berkeliaran kat taman aku ? Beli makanan anjing dan campur dengan racun , habis cerita kan ?



Baca Lagi

10 Jan 2013

2 lagi kena tembak ....


Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan

Baru puas hati aku dengar cerita ni , tahniah PDRM , kalau mereka dah bersenjata, jangan tunggu lagi , mereka ( penjahat ) tu dah tak sayang nyawa , kalau serah diri pun apa salahnya , jalani hukuman saja .

Tak pepasal nyawa melayang , dah la di dunia orang tak terima , akhirat  sana camna ? Takut juga mereka ni bergerak sampai ke negeri Perlis ni , satu ja cara mereka nak terlepas , gerak sampai sempadan Siam , tapi boleh ka hidup kat sana ? kena cakap Siam tu ...kat sana lagi banyak orang tembak-menembak ...


Dua dah masuk mati , tinggal lagi 5 , tu pun tak lama dah , mereka ni duduk dalam kawasan ladang tu lah agaknya ...
Baca Lagi

Sibuk dengan menda ni sebenarnya ...


Kena buat persediaan untuk pertandingan web terbaik , perghh sibuk la aku bulan ni , tak leh nak update blog macam biasa , kerja diutamakan. Dari situ lah aku dibayar dan dapat sara anak bini , blog ni ? Cuma sampingan dan sambilan , sambil menyelam minum air , blog ni tak menjanjikan apa pulangan , kalau rajin dapat lah habuan , apa lagi kalau tak pakat lawan tekan , kalau nak tekan tekanlah iklan .

Aku terpaksa kurangkan sikit aktiviti blogger ni , supaya kerja hakiki aku siap seperti masa yang dijanji , penat? memang tak terperi , tapi aku masih bagi masa aku untuk ' blog walking ' di malam hari , dan seperti biasa aku akan ' menderma' kerana aku seorang yang baik hati , dan kalau boleh ' derma' lah balik kalau sudi ......jumpa lagi .....
Baca Lagi

7 Jan 2013

Malas tahap gaban


 

Bila kemalasan menghantui diri , setahap dengan gaban , maka blog ni pun bersawang , dah 2 hari tak dak entri baru , hari ni baru ada idea nak update . Rasanya aku tak akan renew domain dot com aku ni . Sebabnya aku rasa blog aku ni tak akan pergi jauh , cuma kat sempadan Siam je ,  tak leh nak capai tahap antarabangsa . 

Sebelum aku terlanjur , bukan yg tu la , sebelum aku terlajak , baik aku pakai yg free punya , gunalah blogspot , tak kena duit pun . Ada blogger yang guna blogspot je dah boleh capai tahap membanggakan , cukuplah lah setahun aku guna domain dot com , RM 35 je setahun , tapi itu pun duit juga kan ?  alah guna je yang free ......
Baca Lagi

Jadilah banyak tu pun


Cukuplah rm 80 pun dapat gak tampung duit minyak kereta . Kena selalu bw ni , kasi ramai kawan baru leh dapat banyak .
Baca Lagi

6 Jan 2013

Isteri pantang bersalin, suami pantang tengok !!



Isteri pantang bersalin , si suami pula pantang tengok .....

KANGAR - Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi semalam, akibat cemburu.

Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya, yang baharu 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api.
Dia sampai kol 5 pagi tu , ada orang lain kat dalam bilik kot , tu yang pantang tengok tu , agak je , nak tahu cerita sebenar , pi tanya sendiri , kot dapat penumbuk sebiji .
Baca Lagi

Sepetang di Halily Gym , Guar Sanji Perlis


Terpaksa bawa Jannah sekali , cuaca panas ,tak hujan kot ,sewaktu nak balik , kakak yg jaga gym tu hadiah Coco Pie kat dia ......
Baca Lagi

4 Jan 2013

Bayi dihurung semut , tak de hati perut langsung...!!


Tak ada hati perut langsung , mcm ni la kat Malaysia ni , bayi dibuang mcm tu saja , kat negara lain tak dengan lak , tak tau la . Ada orang kahwin lama tak dak anak , mereka ni buang mcm tu saja . Sanggup dibiar dihurung semut . Tak leh la mcm tu kan ?

Kalau tak nak sangat , ikut saluran yg betul la , belambak lagi orang yang nak bela budak tu , ini akal singkat sangat , dibuangnye budak tu mujur tak dimamah anjing , korang baca je berita penuh sini
Baca Lagi

3 Jan 2013

Huda kembali kepada tabiat lama .....



Dia buat hal lagi , dah tido kol 10.30 cam tu , kami ingat sampai pagi esok la , dalam kol 2.00 pagi dia bangun selamba ja buka pintu ajak main kat luar , pergghh !! aku baru mula nak tidor. terpaksa buat teknik tradisi , tutup semua lampu kecuali lampu yg paling jauh sekali , kasi dia main dalam gelap.

Alhamdulillah dalam kol 3 pagi gitu dia minta susu , dan zaaaassssss , lup sampai pagi esok , dapat gak aku tido, bebudak ni tak dapat nak dijangka waktu tido mereka . kasi tido awal sangat pun tak boleh , lewat sangat pun tak boleh.
Baca Lagi

' Pontianak ' dihukum penjara



Terkejut juga baca akhbar Metro hari , ' Pontianak ' dihukum penjara , betul ke ? Tak aih , pelakon drama  ' Anak Pontianak '   ditangkap atas kesalahan dadah , nak tau lebih lanjut baca petikan ni ....
Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya dihadapkan ke ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran. 
Mengikut pertuduhan, pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu dan Mohamad Fakhruzaim didakwa bersama-sama memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6 gram.
Mereka didakwa memiliki bahan terlarang itu di sebuah rumah beralamat Nombor C-3-10 Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seronok sangat ka hisap dadah tu ? Lalok semacam ja , jangan buang anak tepi jalan dah le ....

Baca Lagi