Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Nov 2011

Kuliah seks empat gadis


Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.



Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.-Metro
Baca Lagi

Pekeliling SBPA Dijangka Keluar 5 Disember 2011


Ada sedikit info terbaru mengenai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)..info ni saya dapati di CG…Bila Pekeliling SBPA ni keluar?..ok,mengikut maklumat yang diberikan, Pekeliling  SBPA dijangka keluar pada 5 Disember 2011..jadi di bawah ada sedikit info mengenai SBPA ni..apepun tunggu pekeliling rasmi SBPA nanti.
1. Opsyen ditawarkan dalam tempoh 15 hari (16 Disember – 31 Disember 2012).

2. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan

Bayangkan jika gaji RM 3k..dpt LNPT 95% : 3k x 15% = KENAIKAN

Jadi,mungkin budaya bodek membodek akan ketara..

4.Pengurangan pengambilan jawatan baru.

5. Dasar baru bagi Penjawat Awam yang memiliki kemahiran tetapi tidak dapat berkembang di jawatan asal. Contoh PDRM: (Pegawai Pangkat ASP yang ada kemahiran mengendalikan kapal terbang.akan diberikan gaji setaraf DSP) – Bagus untuk mereka yang mempunyai kemahiran.

6. Cth:-Gaji permulaan N17 SSM RM870.38, dan apabila menerima opsyen SBPA kelak maka gaji adalah P1 RM 955 dan jadual gaji sebaris adalah sehingga T18. Bermakna pelarasan gaji sebanyak RM135.

7. Bagi mereka yang menolak SBPA, mereka akan dikekalkan dibawah SSM, menerima gaji SSM dan dasar kenaikan pangkat (N17 perlu 15 tahun untuk ke Gred N22) adalah digunapakai seperti mana biasa.

8. PDRM banyak mendapat pelarasan,,contoh:KONST dari gaji basic 8++ akan mendapat sehingga 1+++ untuk T1.

9. JPA akan meneruskan pada tahun 2013 dengan menyemak kadar imbuhan dan elaun sedia ada. Samada elaun akan dimansuhkan, ditambah baik, Bajet untuk SBPA adalah melibatkan sebanyak RM 3 bilion.

10. Tempoh pengesahan dalam perkhidmatan lebih singkat @ 6 bulan.(Lebih Kurang Swasta)

11. Pergerakan Gaji Tahunan macam biasa (bln 1,4,8,12) tetapi dalam sistem gaji sebaris..akan ada sistem “bracketting” -

Apepun ini adalah sedikit perkongsian untuk pembaca semua,sejauh mana kebenaran mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni..kita tunggu nanti ok.....
Baca Lagi

SBPA – KSU Diminta Letak Jawatan,JUSA Dan Turus Tiada Perubahan


Saya nak kongsi satu lagi info terbaru dari skim SBPA atau Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam..

Semua ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula jawatan mereka secara kontrak, lapor Utusan Malaysia Online.



Akhbar utusan yang memetik sumber itu melaporkan tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut laporan berkenaan, prestasi semua KSU itu akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Selain itu, Utusan juga melaporkan skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Akhbar utusan juga memetik sumber sebagai berkata, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun, menurut Utusan lagi, tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Utusan turut melaporkan satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Buat sementara, lima buah kementerian dilaporkan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah berkenaan…

Sumber -Malaysiakini dan Utusan
Baca Lagi

28 Nov 2011

Khairul Fahmi Che Mat cetus kontroversi lagi


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.
Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.


Seakan-akan menerima nasib malang buat Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan tempat yang eksklusif.

Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.


Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat.-Metro
Baca Lagi

27 Nov 2011

Keputusan Malaysia vs Bahrain 2-3


Takziah  kepada Harimau Malaya skuad bimbingan Ong Kim Swee kerana berjaya mempamerkan aksi baik menentang  Bahrain di laman sendiri tapi tewas .













Keputusan penuh Malaysia 2 Bahrain 3.  Gol dijaringkan separuh masa pertama dan kedua. Tapi Bahrain berjaya mencuri 3 gol  dalam masa 5 minit pada separuh masa kedua.
Baca Lagi

Maharaja Lawak Mega Hiro Tersingkir


Kumpulan Hiro tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke lima yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh Ropie, Iliya dan Hamdan tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 37 peratus.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Saehu dari Indonesia (42 peratus) dan peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli (42 peratus).

Pada konsert minngu ke lima itu, para peserta telah diberi tema bertajuk Purba Kala.

Dalam pada itu, persembahan pada malam itu diungguli oleh kumpulan Boboi (64 peratus), 3G (56 peratus), Pimai (56 peratus), Osbon (52 peratus), Syok (45 peratus), Bawel (45 peratus) dan Bawal Power (42 peratus).

Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkata persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.

Ujar Chef Wan, peserta terlalu banyak menumpukan pada kostum dan persembahan tanpa menitikberatkan soal pengisian lawak yang ingin disampaikan.

"Isi cerita adalah penting dan malangnya semua peserta pada malam ini terlalu menumpukan pada konsep dan kostum," ujarnya.-Mstar
Baca Lagi

Ong Kim Swee janji persembahan terbaik Malaysia vs Bahrain


Harimau Muda mesti menang menentang Bahrain untuk hidupkan impian beraksi di London tahun depan

Perkataan rehat bagaikan tidak wujud dalam kamus Ong Kim Swee, baik ketika mengendalikan skuad Bawah 23 mahupun Olimpik negara, tetapi tempoh tiga hari selepas perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria Rabu lalu dirasakan cukup bermakna buat jurulatih 40 tahun itu.


“Pemain kini lebih cergas tetapi masih belum 100 peratus pulih manakala beberapa pemain diragui sama ada dapat diturunkan atau tidak untuk menentang Bahrain esok (hari ini),” kata Kim Swee dalam sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.
“Keadaan Muslim (Ahmad), Irfan (Fazail) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) hanya akan dapat dipastikan selepas sesi latihan petang ini (semalam). Ini perlawanan penentuan dan walaupun tanpa mereka, saya perlu memastikan kita mengutip tiga mata untuk membuka kembali peluang.
“Memang kebanyakan pemain masih letih selepas mengharungi saingan Sukan SEA di Jakarta bulan ini dan kemudian terus bertemu Syria, tetapi tempoh tiga hari ini memberi kami cukup ruang untuk bernafas.

“Kedua-dua pasukan tewas pada dua perlawanan sebelumnya dan tentunya pertemuan ini menjadi penentu siapa yang bakal menjadi penghuni tangga tercorot, sekali gus melupakan impian beraksi di London tahun depan.”

Ditanya peluang menundukkan Bahrain, Kim Swee berkata; “Pasukan dari Timur Tengah tidak banyak bezanya, dan daripada perlawanan menentang Jepun, saya lihat Bahrain mempunyai kelebihan kemahiran individu, teknik yang bagus serta kelajuan.

“Walaupun kita masih tidak dapat turun dengan kekuatan sebenar terutama di bahagian depan, saya berharap Thamil (Arasu) dapat memainkan peranannya sebagai penyerang manakala Nazmi (Faiz Mansor) bertindak sebagai penyerang sokongan.”
“Saya tidak kira siapa yang menjaringkan gol, asalkan kita dapat mengutip tiga mata. Harapan peminat tinggi untuk melihat skuad Olimpik menang dan saya berjanji cuba memberikan persembahan terbaik kepada mereka.”

Malaysia dan Bahrain masing-masing tewas dua perlawanan menentang Syria dan Jepun dalam saingan Kumpulan C dan memerlukan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk menghidupkan kembali peluang memburu tempat ke Olimpik 2012.-Metro
Baca Lagi

Mati dipijak lembu


Seorang buruh ladang mati dipercayai dipijak sekumpulan lembu selepas melanggar seekor daripada haiwan berkenaan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Malim- Bestari Jaya berdekatan Kampung Gedangsa di sini, malam kelmarin.


Kejadian berlaku jam 8 malam apabila mangsa, Akosetiawan Ibon, 27, seorang warga Indonesia menunggang motosikal bersendirian dari pekan Gedangsa ke rumahnya di Kampung Soeharto, dekat sini.

Rakan mangsa, Mohd Irwan Kamaruzaman, 22, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat rakannya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan luka di muka yang turut diselaputi najis lembu.


“Kami baru bertemu dan minum lewat petang semalam (kelmarin) di restoran kolam pancing Gedangsa. Tidak sangka pula ajal menjemputnya dengan keadaan menyedihkan dan tragik,” katanya.-Metro
Baca Lagi

Saya hanya terlewat tiga saat , kalau tidak.......


“Saya hanya lewat tiga saat ketika trellar itu terjunam dari jambatan lebuhraya …jika tidak, saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi, syukur umur saya masih panjang,”kata saksi kemalangan, Zul Aziz Simor, 45.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam, di Kilometer 34.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sebuah trellar tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun terbabas ketika melalui jambatan diatas lebuhraya lalu melanggar besi penghadang sebelum terjunam.

Menurut Zul Aziz, dia terdengar bunyi dentuman kuat, dipercayai berpunca daripada letupan tayar trellar itu menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan. Ketika kemalangan, hujan agak lebat manakala jalan licin.

 “Saya tergamam melihat kemalangan berlaku didepan mata.. saya akui agak panik lalu menghubungi rakan saya bernama Zakaria untuk mendapatkan bantuan, ketika dia sampai beberapa minit kemudian, kami sama-sama pergi kearah trellar untuk melihat keadaan pemandu terbabit,”katanya.

Beliau yang memandu sendirian dalam perjalanan dari kebunnya di Kampung Rahmat menuju ke Taman Manis, di sini untuk menghantar pandan mengakui sempat mengajar pemandu trellar itu mengucap namun tidak berani untuk mengeluarkan mangsa.

“Lelaki itu mengerang kesakitan malah tubuhnya mulai menggigil..dia mengadu sakit dibahagian pinggang akibat daripada hentakan kuat ketika trellar yang dipandunya terjunam dari jambatan lebuhraya setinggi lima meter,”katanya.

Katanya, kira-kira 20 minit selepas kemalangan sepasukan bomba dan ambulans tiba ke tempat kejadian sejurus dihubungi sekaligus berjaya mengeluarkan mangsa yang masih berada dibahagian pemandu dan dipercayai patah pinggang.

“Kejadian itu terlalu pantas, malah kenderaan saya berada dikedudukan tidak sampai 10 meter, namun saya tetap bersyukur kerana tidak terlibat dalam kemalangan berkenaan dan tidak akan melupakannya,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefli Yahya, mengesahkan kemalangan itu, manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan tidak membabtikan kenderaan lain namun mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang dua kilometer di laluan menuju kearah utara. Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.
Baca Lagi

Parah disondol babi hutan 60kg


Seorang tukang kebun sekolah cedera parah akibat disondol seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi ketika mangsa, Nordin Said, 51, sedang tidur di dalam rumahnya.

Menurut adik mangsa, Jaafar Said, 37, (gambar) abangnya kemudian dikejutkan dengan bunyi bising dari halaman rumah.

"Pada mulanya dia menyangka ia bunyi kambing memijak atap zink yang diletakkan di luar rumah.

"Dia kemudian keluar dan melihat kawasan sekitar rumahnya tetapi tiba-tiba seekor babi hutan menyondolnya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
Baca Lagi